Isnin, 30 September 2019

BANG DIN MARAH









RAKYAT

TAK 

SABAR

NAK TAU
ABANG DIN SUDAH MARAH
APA ABANG TAU
SAMPAI BERANI TUDUH
ANWAR HIPOKRIT
INI TUDUHAN BERAT

ADA APA APA KE
YANG RAKYAT  TAK TAHU
TAPI ABANG DIN TAHU

MEHLAH BAGI TAU
TAK SABAR NAK TAU
APA YANG ABANG DIN TAHU

RAKYAT TAK TERPERANJAT
YANG TERPERAJAT HANYA
SYED HUSIN

Jangan jadikan peristiwa hitam 1998 berulang - Khairuddin bidas Syed Husin

Khairuddin Abu Hassan yang merupakan penyokong kuat Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak layak memimpin negara dan mencadangkan akan berkempen untuk menghalang kebangkitan politik MP Port Dickson itu.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap pemimpin veteran PKR Syed Husin Ali yang mengkritik Dr Mahathir kerana tidak meletakkan komitmen terhadap pelan peralihan kuasa yang jelas dan mempertikaikan sekiranya pemimpin PH sudah tidak lagi mampu untuk membantah perdana menteri.

"Saya nak ingatkan puak-puak bangang dalam PKR agar jangan keterlaluan. Tolong jangan terlalu kurang ajar.

"Hakikatnya, Anwar Ibrahim tidak layak untuk memimpin bangsa, agama serta tanahair.

"Buat masa ini saya hanya ingin buat kenyataan ini secara umum. Tunggu masa ketika yang sesuai kemungkinan saya akan tampil untuk terangkan kepada keseluruhan rakyat Malaysia mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh diberi ruang untuk memimpin ummah di tanahair kita," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Khairuddin ialah penyelaras Deklarasi Rakyat yang menandakan bermulanya kerjasama antara pihak yang keluar daripada kerajaan BN dan pembangkang pada 2016. 

Selanjutnya usaha tersebut membawa kepada pembentukan Bersatu dan pembentukan Pakatan Harapan pada 2018.

Walaupun Khairuddin tidak bersama Bersatu secara rasmi, beliau sering kali menyerang pengkritik Mahathir.

Khairuddin turut memberi amaran kepada Syed Husin supaya menjaga tutur katanya.

"Seandainya boleh, saya ingin ingatkan Syed Husin Ali agar jangan terlalu celupar. Jangan jadikan peribahasa kerana mulut badan binasa," tegasnya.

Mahathir pada 2 September 1998 memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya beliau dipenjara atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

Kedua-dua pemimpin itu berdamai pada tahun 2016 dalam usaha menggulingkan perdana menteri Najib Razak yang dituduh kleptokrat dalam skandal 1MDB.

"Pemimpin hipokrit macam Anwar Ibrahim tidak layak untuk memimpin negara.

"Apapun keseluruhan rakyat jangan gusar kerana Allah SWT pasti tunjuk kebenaran seperti mana tahun 1998.

"Sekali lagi puak minda lemah dalam PKR kena ingat betul-betul bahawa jangan undang peristiwa hitam tahun 1998 daripada berulang kembali," katanya lagi.

Pencalonan Mahathir sebagai perdana menteri pada pilihan raya umum lalu adalah berdasarkan perjanjian di dalam PH bahawa beliau akan menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Mahathir pada mulanya berkata beliau akan berbuat demikian dalam tempoh sekitar dua tahun tetapi dalam wawancara lain turut mencadangkan bahawa peralihan ini boleh mengambil masa sehingga tiga tahun.



ABANG DIN

NURUL TAU KE

APA YANG 

BANG DIN TAU

SAJA TANYA

KERANA 

HOK GOTU

NURUL DAH TAHU
KAH KAH KAH


----------

4 ulasan:

herman adnan berkata...

Umie Aida apa khabar tuk?

Tanpa Nama berkata...

Abg din botok juboo.Kaki kelentong penerbit buku 50 dalil.Harap Anwar jadi PM jangan maafkan puak2 pundek ni.

Koyar warak berkata...

Jangan kutuk kairuddin dia manusia suci.. Hanya ibarat pecacai pencari dedak. Kalau sape ada lobang pelacur b.bintang leh ofer kat insan suci ni yang tak hipokrit neh...baru ni bini duk bisin membebel apehal tuk??

Tanpa Nama berkata...

Bang din ni lah yg telah ke beberapa negara membuat laporan polis berkenaan 1mdb, najib, jolo dsb. Nak ngarap yg lain, paham pun idak. Yg paham mcm si ex pandan pun takat bersuara je la, nk gi report polis tak da la. Bosan la...mmg patut pun dia kabo BANGANG dan KURANG AKAL kat geng PKR tu