Jumaat, 22 November 2019

SEMUA BELOT




SEMUA

JADI

KENG

SATU

KEJAYAN

PAKATAN 

Pegawai kanan kerajaan bincang musnah salinan asal laporan audit 1MDB

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar rakaman mesyuarat pegawai kanan kerajaan membincangkan arahan Najib Razak supaya beberapa bahagian daripada laporan audit terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipadam.

Rakaman itu dikemukakan oleh pihak pendakwaan melalui saksi keempat bekas ketua setiausaha negara (KSN) Ali Hamsa yang menyambung keterangannya hari ini.

Mereka yang hadir dalam mesyuarat itu juga berbincang mengenai laporan polis berhubung maklumat yang bercanggah dalam penyata kewangan 1MDB bagi 2014, sebelum mengalih perbincangan mengenai tindakan memusnahkan salinan asal laporan audit.

Rakaman audio mesyuarat selama dua jam pada 2016 diperdengarkan oleh pihak pendakwaan semasa perbicaraan Najib Razak kerana mengubah suai laporan audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Parlimen .

Ali memberitahu beliau diminta mengetuai mesyuarat oleh bekas perdana menteri Najib untuk menyelesaikan “beberapa isu” dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.

Najib dituduh menggunakan kedudukannya untuk meminda beberapa bahagian akhir laporan audit 1MDB, antara 22 hingga 26 Februari 2016 di Jabatan Perdana Menteri sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) untuk melindungi dirinya daripada tindakan jenayah.

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy juga sedang diadili kerana bersubahat dengan bekas perdana menteri itu. Beliau turut hadir pada mesyuarat Februari 2016.

Pada mesyuarat itu juga, bekas ketua audit negara Ambrin Buang berkata laporan yang dipinda perlu dimuktamadkan segera sebelum ia dibentangkan kepada PAC.

Berikut adalah petikan audio rakaman yang dimainkan di mahkamah hari ini:

Ambrin: Saya sangat ragu-ragu ... untuk mengedarkan laporan ini kerana ia belum dimuktamadkan.

Ali: Dan kita perlu membacanya dahulu, tuan, hanya 24 jam. Akan ada perubahan seperti yang kita sepakati. Jadi, laporan asal dah tak boleh pakai. Kita perlu carik setiap bahagian.  Saya tidak tahu berapa banyak yang sudah dicetak. Jadi tidak sepatutnya ada salinan lain kerana tidak sepatutnya orang menunjukkan kepada kita dua versi. – 20 November, 2019.


KALAU PAKATAN

TAK MENANG

MUSTAHIL KITA

RAKYAT AKAN

TAHU SEMUA INI

TERIMA KASEH

PAKATAN

RAKYAT AMAT 

GUMBIRA NAJIB
MASUK PENJARA

-----------

1 ulasan:

Si Luncai berkata...

Kalau Ph tak menang bakat keng akan kekal terpendam mungkin hingga akhir hayat. Anak cucu takkan sempat tahu kebolehan datuk nenek mereka melepaskan diri bila dah tersepit.. Nanti akan ada dialog cakap, wahai cucuku, demi nak bersama kamu atuk sanggup tikam belakang depan², ini bukan pukul curi tapi pukul pencuri.. Atuk harap dizaman kamu skil nak idup skil membelot akan diajar disekolah rendah lagi hurmmm..