Khamis, 28 November 2019

TIPU TIPU






BAHAYA

MAKIN

BERAT


30, 40 kes tipu sijil akademik dikesan setiap bulan, kata firma saringan

PURATA 30 hingga 40 tenaga profesional dikesan setiap bulan terlibat memalsukan sijil kelayakan akademik semasa memohon kerja, kata sebuah firma saringan maklumat Verity Intelligence Sdn Bhd.

Pengarah urusannya Mark Leow memberitahu saringan firma itu ke atas kira-kira 100,000 pekerja dalam tempoh 12 bulan sejak dua tahun lalu mengesan penipuan termasuk melibatkan doktor dan jurutera.

Pada tahun lalu saja, firma itu mengesan sekurang-kurangnya 400 kes pemalsuan sijil akademik melibatkan diploma dan ijazah, katanya.

Penipuan itu melibatkan pekerjaan kritikal seperti dalam bidang perubatan, perbankan, syarikat keselamatan, dan kejuruteraan petrokimia, serta termasuk syarikat milik kerajaan (GLC).

“Isu ijazah palsu ini serius. Kes yang paling popular melibatkan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital swasta, kononnya lulusan dari Ireland tetapi sebenarnya tidak pernah tamat pengajian di sana,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Jelas Leow, “doktor wanita” itu pernah ditahan di Ireland dan Amerika Syarikat kerana menggunakan sijil akademik palsu, dan kemudian pulang bekerja di Malaysia.

“Selepas melalui proses saringan yang kami jalankan, pihak hospital mengarahkan dia berhenti kerja,” katanya.

Verity Intelligence yang diasaskan pada 2010 diiktiraf sebagai antara syarikat penapisan dan pengesahan maklumat latar belakang yang terkemuka di Malaysia dan Singapura.

Berdasarkan rekod firma itu, kes pemalsuan sijil akademik melibatkan kira-kira 70% institusi pengajian tempatan dan selebihnya 30% universiti luar negara.

Menurut Leow, antara ijazah universiti tempatan yang popular jadi mangsa penipuan ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Universiti Sains Malaysia (USM).

“Pihak pengurusan universiti berkenaan tahu hal ini,” katanya.

Pada Februari lalu, The Malaysian Insight melaporkan ijazah palsu dijual beli melalui Internet di Malaysia dengan harga serendah RM12,000.

Sindiket pemalsuan sijil akademik itu juga mendakwa mendapat bantuan daripada “orangd alam” di institusi pengajian tinggi.

The Malaysian Insight menyiarkan laporan itu pada awal tahun ini ketika heboh dakwaan beberapa pemimpin politik termasuk menteri, timbalan menteri dan menteri besar tidak mempunyai kelulusan akademik seperti yang mereka papar pada rekod latar belakang.


BUAT BANGUNAN

BANGUNAN

 RUTUH

CABUT GIGI

MATA BUTA

BERI UBAT

TERUS MATI

APA UDAH JADI
----------

2 ulasan:

Pawang Ular berkata...

Bila Tt takde camni baru sume tau apa ertinya rindu hurmm.. Time kutuk kutuk jugak time nyumpah nyumpah jugak tapi bila Tt takde baru dua hari sume dah macam gila talak. Tt ko ada pakai minyak senyonyong ke ataupun ada mantera semburit...

Awanama berkata...

oit! tt, ko jangan tak tau, kat uitm tu bersepah pensyarah yg ada sijil tipu. siasatan dibuat tapi sekor pun tak berani ambik tindakan kahkahkah yang habis belajar kat obersi balik terus mengajar, takde sapa sekor pun yang check betul2 samada habis belajar atau sijil tipoo. sebab tulah uitm kekal sebagai uni tercorot. mmg mampus la anak melayoo yg belajar kat sana kahkahkah