Ahad, 22 Disember 2019

CILAKAK - PEMIMPIN ISLAM DIHINA DALAM MAHKAMAH








CILAKAK

PEMIMPIN ISLAM

DIHINA DALAM 

MAHKAMAH

Sibuk urus negara, tak sempat periksa akaun bank, kata Najib

PADA perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd minggu ini, Najib  memberitahu mahkamah beliau tidak kerap memeriksa akaun bank peribadinya serta tidak tahu tentang had perbelanjaan kad kreditnya dan pinjaman dari Arab Saudi. 

Beliau juga tidak terlibat dalam operasi SRC International kerana sibuk menguruskan negara, Najib beritahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Semasa disoal balas Pendakwa Raya Khas V Sithambaram, Najib berkata akaun peribadinya diuruskan oleh setiausaha peribadinya, Azlin Alias manakala transaksi SRC International dilakukan oleh pemegang mandat akaunnya, bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil.

Pertikaman lidah bermula apabila Sithambaram menyoal Najib sama ada ahli Parlimen Pekan itu mengesahkan sendiri baki akaunnya semasa mengeluarkan cek RM2.5 juta untuk penasihat operasi Umno, Habibul Rahman Kadir Shah Kadir.

Najib beritahu mahkamah, beliau hanya sesekali memeriksa status akaunnya dengan Nik Faisal.

“Saya rasa baki akaun saya cukup,” katanya.

Beliau juga menegaskan wang dalam akaunnya adalah derma dari Arab Saudi, tetapi dibantah Sithambaram. Pendakwa raya itu berkata derma yang didakwa dari Arab Saudi habis pada Oktober 2014.

Najib turut beritahu mahkamah beliau tidak tahu had perbelanjaan kad kreditnya ialah RM3 juta. Najib menafikan cadangan pendakwaan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kewangannya dan tahu mengenai transaksi keluar masuk, termasuk RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

“Sukar untuk diterima bahawa (sebagai) perdana menteri dan menteri kewangan, (anda) tak tahu (tentang) akaun dan cuma beritahu ‘rasa’,” kata Sithambaram. Najib kemudian membalas dengan menegaskan beliau hanya menandatangani cek akaun peribadinya yang lain.

Najib berkata beliau tidak terlibat dalam operasi SRC International kerana sibuk mentadbir negara ketika itu apabila ditanya mengenai transaksi RM40 juta daripada SRC International kepada rakan pengurusan tanggungjawab sosial korporatnya, Ihsan Perdana Sdn Bhd pada 2014.

Daripada RM40 juta yang masuk ke dalam Ihsan Perdana, RM27 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib di Ambank yang berakhir dengan nombor “880” dan RM5 juta pula dipindahkan ke sebuah lagi akaun Najib berakhir dengan nombor “906”.

Sithabaram mencadangkan tiada seorang pun eksekutif SRC International mempersoalkan atau membantah transaksi itu.

Sithambaram: Saya cadangkan kepada anda yang mereka tak persoal pemindahan itu. Anda orang besar di SRC (International). Sebab itu saya tanya anda.

Najib: Saya tak terlibat dalam operasi, okay. Saya sibuk jaga seluruh negara. Awak terima itu?

Sithambaram: Saya tak mahu respon, kerana ia akan jadi jawapan yang tak berapa baik. Jawapan saya tak akan jadi pujian.

Najib juga memberitahu mahkamah beliau tidak membuat laporan polis bahawa tandatangannya pada dokumen SRC International dipalsukan kerana mahu mendapatkan pengesahan dari pakar tulisan terlebih dahulu.

Sithambaram mencadangkan Najib mendakwa tandatangannya palsu hanya selepas perbicaraan masuk peringkat pembelaan. Najib tidak bersetuju dengan Sithambaram.

Najib diwakili sekumpulan peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Pihak pendakwaan pula diketuai Peguam Negara Tommy Thomas. Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib, 66, berdepan pertuduhan berkaitan pinjaman RM4 bilion kepadan SRC International pada 2011 dan 2012, yang mana RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadinya pada 2014 dan 2015. Beliau berdepan hukuman penjara 20 tahun jika disabitkan bersalah.

Perbicaraan bersambung 6 Januari. – 22 Disember, 2019.


INILAH CONTOH

PEMIMPIN ISLAM

BERKERJA UNTK

RAKYAT 

TAKDA MASA

UNTUK LIHAT

BANK AKOUN

PEGUAM SENGAJA

MENGHINA

TANYA SOALAN

YG BUKAN BUKAN

KALAU TAK CAYA

PEMIMPIN ISLAM

BOLEH BUAT

SUMPAH LAKNAT

PUKRAK MUKRAK
KAH KAH KAH



SAPA S
--------

1 ulasan:

Arymanchino berkata...

Cilakak..Pukrak Mukrak..Sibuk uruskan Negara smp xtahu duit curi byk dlm akaun.Tp bila nak belanja tahu pula duit byk dlm akaun.Lepas ni blh sumpah laknat lg.Blh bersih putih mcm kapas.Haramjadah..