Jumaat, 20 Mac 2020

CONTOH KERAJAAN PRO RAKYAT








CONTOH 

KERAJAAN 

PRO RAKYAT

Selangor sedia RM128 juta untuk rakyat hadapi kesan Covid-19

KERAJAAN Selangor memperuntukkan RM127.78 juta untuk membantu rakyat negeri itu menghadapi tekanan akibat penularan wabak Covid-19, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Katanya, ia antara lain menyediakan bantuan RM200 secara one-off kepada 6,000 petugas kesihatan yang berkhidmat di seluruh hospital di negeri itu.

Kerajaan negeri juga katanya akan menyediakan bantuan makanan kepada mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac depan.

Kerajaan negeri Selangor juga mengecualikan sewa kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis bagi meringankan beban akibat kehilangan punca pendapatan utama.


Mereka juga disediakan pemberian one-off berjumlah RM500 untuk melancarkan aliran tunai perniagaan masing-masing, katanya dalam satu kenyataan.

Permohonan dibuka mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020 dan penyaluran pemberian khas akan dilaksanakan selepas tamat PKP, katanya.

Selain itu, bayaran balik pinjaman sebanyak tiga bulan ansuran kepada semua 40,000 peminjam skim Hijrah juga ditangguhkan serta merta.

Kerajaan negeri Selangor juga mengecualikan sewa kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis, kata Menteri Besar Amirudin Shari. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mac, 2020.
Kerajaan negeri Selangor juga mengecualikan sewa kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis, kata Menteri Besar Amirudin Shari. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mac, 2020.
Bagi kumpulan mahasiswa, Amirudin berkata, kerajaannya bersetuju memberikan bantuan one-off sebanyak RM200 kepada 2,500 penuntut Selangor di institusi pengajian tinggi di Sabah dan Sarawak.

Ini memandangkan Majlis Keselamatan Negara memutuskan tidak dibenarkan pulang ke kampung masing-masing.

Pelajar yang masih kekal di kampus institusi negeri itu pula, termasuk Unisel, Kuis dan Inpens akan diberi makanan percuma bermula 22 hingga 31 Mac, katanya.

Amirudin berkata, kerajaan juga meluluskan penangguhan bayaran sewa sebanyak tiga bulan ansuran untuk 2,700 penyewa, bagi skim Smart Sewa.

Kesemua 56 Adun termasuk pembangkang diberikan RM30,000 untuk aktiviti mesra rakyat, khususnya bagi keperluan harian individu dan keluarga yang terkesan dengan PKP.

Cukai Tanah dan Cukai Petak juga katanya dianjak dari 31 Mei kepada 30 Jun.

“Kelonggaran turut diberikan kepada semua pembayar cukai untuk melewatkan pembayaran cukai tanah dan petak selama sebulan bulan tanpa sebarang bebanan kos pada pihak kerajaan negeri,” kata Amirudin.

Selain perbendaharaan, pembiayaan yang diumumkan katanya turut diperolehi daripada sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

“Kerajaan negeri akan mencuba sebaik mungkin bagi meringankan beban rakyat serta menampan derita kewangan mereka yang terkesan.

“Kerajaan negeri prihatin dan bersedia mendengar sebarang cadangan untuk menambahbaik perbelanjaan fiskal negeri demi kemaslahatan rakyat,” katanya, lagi. – 20 Mac, 2020.


INI BUKAN

DASAR EKONOMI

KAPITALIS 

NEO LIBERAL

INI IDEALOJI

KEYNESIAN

SALUT  SELANGOR




-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila tt sebut Keynesian, maka tt adalah faham benar corak langkah ekonomi berjalan. Perlu habiskan 2 tahun kuliah bagi memahami Keynesian. Maka bagi orang orang banyak,pengikut baru atau lama,pembaca pencarut pembodek tt,punk tua ini sangat tajam fikiran.harapnya,punk tua ini boleh tuliskan buku buku lagi bagi dibaca,ditelaah,dihadam dan dibahas untuk pencerahan suluh hidup.