Jumaat, 20 Mac 2020

LANGKAH TEPAT



LANGKAH TEPAT

BANTU REDA

KEADAAN
 

Bank tawar pelanggan terjejas wabak tangguh bayar pinjaman

SEMBILAN buah perbankan Islam sudah membenarkan pelanggan yang terjejas dengan perintah kawalan pergerakan untuk menangguhkan pembayaran pinjaman mereka sehingga enam bulan.

Menurut senarai dikeluarkan Persatuan Bank dan Institut Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), 17 daripada 26 ahlinya mengeluarkan kenyataan tawaran bantuan kewangan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bermula 18 sehingga 31 Mac.

Antara yang menawarkan penangguhan pembayaran pinjaman sehingga enam bulan ialah Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Islamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd, Maybank Islamic Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan Standard Chartered Saadi.

Tiga lagi bank- Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Pembangunan Malaysia Bhd- berkata mereka akan menawarkan penangguhan sementara berdasarkan keperluan perniagaan dan situasi semasa pelanggan yang terjejas.

Lima lagi bank- AmBank Islamic Bhd, Bank Simpanan Nasional, CIMB Islamic Bank Bhd, OCBC Al-Amin Bank Bhd dan SME Bank- berkata ia akan mempertimbangkan penangguhan bayaran atau penstrukturan semula bayaran berdasarkan kes.

Pelanggan diminta ke cawangan bank terdekat untuk membincangkan tindakan susulan.

Dilaporkan semalam, Bank Negara juga menyediakan kemudahan bantuan khas (SRF) bernilai RM2 bilion yang disalurkan dalam bentuk modal kerja untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdepan masalah aliran tunai. – 19 Mac, 2020.


AWAS JUGA

LEPAS INI

MUNGKIN BANK

NAK MINTA DANA

DARI KERAJAAN

BERI TANGAN KIRI

5 RINGGIT

AMBIL TANGAN

KANAN 10 RM


--------

4 ulasan:

Awanama berkata...

Bila kerajaan beri dana pd bank itu maknanya duit lu semualah. Tangguh bayaran pinjaman tidak bermakna tak kena interest bro, cuma kutip kemudian je.

panglimo potaseh berkata...

Betul bank bagi tangguh yang gwa tatak tahan lia punya MUNGGA ..kahkahkah.

Awanama berkata...

Lanciau. Wa tangguh lu amik mungga. Lanciau

Awanama berkata...

Hahaha, Lu caya bank?! Hahaha, bank bantu?! Isham, Lu pi bank besul. Mintak pinjaman RM20!000 untuk leraikan Beban hidup akibat pandemik covid 19. Kalau bank kata "no no", Lu Turun Kan angka 20,000 ke 10,000. Jikalau bank Masih reject, Lu Turun Kan angka Tu ke 5,000. Apamacam? Berita cam ni mmg sampah.