Ahad, 1 Mac 2020

HIGH NOON BELUM BERAKHIR





BERITA GUMBIRA

GARIS MADEY

KERAJAAN

PERPADUAN

WAJIB SOKONG


Pakatan tunjuk lebih sokongan walaupun Muhyiddin dipilih jadi PM

KEDUDUKAN Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri goyang menjelang istiadat angkat sumpah hari ini apabila Pakatan Harapan (PH) menunjukkan ia ada sokongan untuk Dr Mahathir Mohamad kekal memegang jawatan.

Yang di-Pertuan Agong semalam menamakan Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk menamatkan kemelut politik sejak seminggu lalu. Kemelut itu dicetuskan oleh sekumpulan ahli Parlimen PH yang bergabung dengan pembangkang dengan harapan Dr Mahathir akan bersama mereka.

Dr Mahathir sebaliknya letak jawatan, sekali gus memulakan persaingan antara Muhyiddin dan Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri kelapan.

Muhyiddin mendakwa beliau mendapat sokongan 36 ahli Parlimen Bersatu. Dakwaan itu bagaimanapun dipertikaikan semalam apabila beliau bertelagah dengan Dr Mahathir mengenai kedudukan pengerusi parti. Pengerusi Bersatu mempunyai kuasa menentukan hala tuju parti.


Beberapa ahli Parlimen Bersatu kemudian mengisytiharkan mereka beralih kem menyokong Dr Mahathir. Tindakan mereka mencetuskan keraguan terhadap dakwaan Muhyiddin bahawa beliau ada sokongan 114 anggota Dewan Rakyat untuk jadi perdana menteri.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mendedahkan kepada media Muhyiddin ada 114 sokongan. Selain wakil rakyat dari Umno, PAS, Bersatu, MCA, dan MIC, Muhyiddin mendapat dukungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ada 18 wakil di Dewan Rakyat.

Sehingga 4.30 petang semalam, Dr Mahathir masih menjadi harapan PH untuk mengetuai kerajaan. Namun pengumuman Istana Negara yang datang kemudian bahawa Muhyiddin akan mengangkat sumpah perdana menteri memulakan pusingan baharu peralihan sokongan ahli Parlimen.

Ahli sains politik Dr Mazlan Ali tidak yakin Muhyiddin ada sokongan daripada 114 ahli Parlimen.

“Mereka yang kukuh menyokongnya hanya PAS dan Umno. Bersatu dan ahli Parlimen dari Sarawak saya tidak fikir kuat di belakangnya.

“Mereka boleh beralih terutamanya apabila calon yang seorang lagi ialah Dr Mahathir,” katanya.

Apabila Dr Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri PH pagi semalam, sekurang-kurangnya tiga anggota Dewan Rakyat dari Bersatu bertukar kem meninggalkan Muhyiddin.

Mereka ialah Mukhriz Mahathir (Jerlun), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar). Menjelang petang, dua lagi nama muncul – Amiruddin Hamzah (Kubang pasu) dan Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah).

“Dr Mahathir dan Muhyiddin juga bertarung untuk menguasai Bersatu. Dr Mahathir masih boleh menarik sokongan.

“Kemelut ini belum berakhir,” kata Dr Mazlan.

Beberapa ahli Parlimen Bersatu juga dipercayai akan berpindah kem apabila ternampak jelas pemimpin dari Umno, parti yang terpalit skandal rasuah, akan kembali jadi kerajaan.

Beberapa pemimpin kanan Umno termasuk presiden Ahmad Zahid Hamidi sedang dibicarakan di mahkamah atas dakwaan menyeleweng dan salah guna kuasa.

Peguam bimbang kes-kes di mahkamah ini akan digugurkan sekiranya parti itu kembali berkuasa.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia Dr Azmil Tayeb berkata PH wajar mengemukakan usul tidak percaya apabila Dewan Rakyat bersidang nanti, dijadual pada 9 Mac ini, untuk menyelesaikan isu sokongan perdana menteri.

“Ahli parlimen patut diberi pilihan mengundi secara sulit supaya mereka boleh mengundi mengikut hati nurani, dan bukannya pendirian parti,” kata pensyarah sains politik itu.

“Ia wajar ditentukan di Parlimen kerana secara teknikalnya mereka mewakili suara rakyat. Itu cara yang demokratik, tidak perlu pilihan raya sekali lagi.”

Ini juga pandangan Dr Tunku Mohar Tunku Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa. Katanya, PH sepatutnya menerima keputusan istana sehingga Dewan Rakyat bersidang semula.

“Ahli Parlimen dari parti apa pun boleh mengikrarkan sokongan kepada Tun (Dr Mahathir). Apabila ada majoriti, usul undi tidak percaya akan berjaya,” katanya. – 1 Mac, 2020.


GARIS  MADEY

KERAJAAN

TANPA KUASA

PARTI POLITIK

DALAM MASA

KRISIS INI

WAJIB KITA

SEMUA SOKONG

AGAR KITA

SEMUA RASA

SELAMAT
--------------

Tiada ulasan: