Sabtu, 7 Mac 2020

MARI BERSAMA BERHATI HATI







MARI BERSAMA

BERHATI HATI

Kementerian Kesihatan sahkan 10 lagi kes positif Covid-19

SEPULUH lagi pesakit diuji positif novel koronavirus (Covid-19) di Malaysia hari ini, kata Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua kes positif tersebut mempunyai kaitan dengan pesakit nombor 33.

Menurut Dr Noor Hisham, empat kes daripadanya adalah daripada “generasi pertama” yang mempunyai hubungan rapat manakala enam kes yang lain dikategorikan sebagai kes kontak terdekat “generasi kedua”.

“Semua kes dikenal pasti semasa siasatan dengan kaitan rapat (kes positif) dan telah dimasukkan ke hospital untuk pengasingan dan rawatan,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut KKM, pesakit 33 ditemui semasa satu siri siasatan mengenai hubungan rapat pesakit 26.

“132 kontak terdekat dikenal pasti dalam kes ini. Daripada jumlah ini, 18 diuji positif Covid-19 dan kini sedang dirawat di hospital.

“Satu lagi kontak rapat pesakit 38, yang diuji negatif, telah diletakkan di bawah pemerhatian. 76 kontak rapat yang lain sedang menunggu keputusan makmal,” kata Dr Noor Hisham.

Dengan tambahan 10 kes baru, kini terdapat 93 kes di Malaysia di mana 75 adalah rakyat Malaysia, 15 warga China, dan satu kes dari Amerika Syarikat, Jepun dan Itali.

Sementara itu, KKM berkata pesakit 78, yang dilaporkan semalam, telah pergi ke Indonesia antara 13-19 Feb.

“Sejumlah 67 kenalan rapat telah dikenal pasti dan sedang menjalani ujian. Semua kontak yang rapat telah diletakkan di bawah pemerhatian dan sedang dikuarantin.” – 7 Mac, 202


SESAMA 

INGAT BERINGAT

------------

Tiada ulasan: