Khamis, 5 Mac 2020

MAT FRAUD EMOSI





TENGKU FRAUD

 EMOSI

PASAI APA?

LEPAS NI

BOLEH PERGI

MEKAH

CIUM BATU ITAM

SEMUA BERES

KAH KAH KAH

Ku Nan emosi selepas asetnya didedah kepada umum

SELEPAS Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tengku Adnan Tengku Mansor untuk pengisytiharan asetnya didengar dalam prosiding secara tertutup tanpa kehadiran orang awam atau pihak media, bekas menteri Wilayah Persekutuan itu gagal mengawal perasaan di bilik bicara.

Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim, dalam prosiding membela diri bagi tuduhan menerima RM2 juta daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong, Ahli Parlimen Putrajaya itu meninggikan suaranya apabila ditanya sama ada ayat dalam pernyataan saksinya adalah pendapat peribadi.

“Apabila saya katakan saya tidak mahu mengisytiharkan diri saya, ia kerana di khalayak ramai, anda tahu mengapa. Sekarang saya menghadapi masalah. Selepas saya mendedahkan hampir satu bilion (aset), mereka akan mensensasikannya,” katanya dengan suara yang tegang dan penuh emosi.

Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili bekas setiausaha agung Umno itu kemudian mencelah dan meminta mahkamah berhenti rehat seketika untuk menenangkan Tengku Adnan.

Terdahulu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan itu dalam keputusannya terhadap pengisytiharan aset memutuskan bahawa untuk perbicaraan itu dijalankan secara adil, ia mesti dilakukan secara telus dan orang awam mempunyai hak untuk mendengar apa yang didengar di mahkamah dan melihat apa yang dilihat di mahkamah.

“Dengan cara ini orang awam dapat menghargai apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah dan tidak tertanya-tanya dengan apa-apa keterangan yang disimpan rahsia,” katanya sambil menambah bahawa Tengku Adnan gagal meyakinkan mahkamah bahawa ia adalah untuk kepentingan keadilan atau menunjukkan sebab yang cukup dalam permohonannya.

“Sebaliknya, tertuduh bimbang asetnya dan keluarganya dimaklumkan secara terbuka. Beliau, antara lain, takut keselamatan keluarganya sekiranya butiran kekayaannya diketahui umum.

“Saya berpendapat bahawa untuk berbuat demikian sebenarnya akan bertentangan dengan kepentingan keadilan. Saya sedar hakikat bahawa tertuduh adalah bekas menteri persekutuan dan kes ini telah mendapat liputan meluas. Perbicaraan ini bukan sahaja perlu dilakukan secara adil tetapi mesti dilihat secara adil,” katanya.

Perbicaraan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan utama oleh Tan dan Tengku Adnan, 69, berkata beliau telah mengisytiharkan asetnya kepada tiga perdana menteri semasa beliau berkhidmat sejak menyertai Kabinet pada 2001, iaitu Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.

Ditanya lanjut oleh Tan mengenai jumlah asetnya yang telah diisytihar kepada Dr Mahathir pada tahun 2001, Tengku Adnan berkata: “Saya rasa ia melebihi RM900 juta”.

Kepada soalan sama ada angka itu ialah RM938,643,566.16, bekas menteri itu menjawab: “Betul”.

Tengku Adnan juga mengesahkan bahawa beliau telah mengisytiharkan asetnya kepada Abdullah berjumlah RM711,325,822.00 pada tahun 2006; RM691,770,649.00 dan RM782,748,061.00 kepada Najib, pada 2013 dan 2016.

Pada 14 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Tengku Adnan membela diri atas tuduhan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tengku Adnan, sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Chai, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok. – Bernama, 4 Mac, 2020.



INI REZEKI 

AMAT HALAL

KAH KAH KAH

TENGKU FRAUD

KERJA AMAT KUAT

SIMPIN DUIT

MAKAN BUBUR

DENGAN GARAM

KAH KAH KAH

TU PASAL

JADI KAYA RAYA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

----------

Tiada ulasan: