Rabu, 8 April 2020

INI BERITA AMAT BAIK




BERITA BAIK

UNTUK  

EZI DAN TAK TAK

Jangan bimbang Covid-19 dari haiwan kesayangan, kata jabatan veterinar

PEMILIK haiwan peliharaan tidak perlu bimbang akan dijangkiti Covid-19 daripada haiwan kesayangan mereka, sebaliknya mereka yang sebenarnya perlu melindungi haiwan peliharaan daripada dijangkiti, kata Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Jabatan itu berkata kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan haiwan adalah terpencil kerana mereka tidak dijangkiti secara semulajadi.

“Sehingga kini, punca jangkitan pada haiwan adalah daripada manusia,” kata jabatan veterinar dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan dikeluarkan ketika ada kebimbangan umum dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan susulan laporan mengenai haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing milik pesakit yang positif Covid-19 juga terkena jangkitan.

Kelmarin, seekor Harimau Malaya di sebuah zoo di New York dilaporkan positif Covid-19, dipercayai dapat daripada seorang petugas yang tidak menunjukkan simptom.

“Masyarakat tidak perlu gusar dan khuatir kerana haiwan kesayangan bukan penyebar virus Covid-19.

“Buat masa ini, pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus Covid-19 pada haiwan kesayangan mereka,” kata jabatan veterinar.

Menurut jabatan itu, penemuan saintifik semasa menunjukkan virus yang ada pada haiwan adalah rendah untuk disebarkan kepada manusia.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan agar haiwan yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dibawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan.– 7 April, 2020.

TAPI WAJIB

BERHATI HATI


--------

Tiada ulasan: