LANGKAH BIJAK
UNTUK RAPATKAN
KALIMANTAN
DENGAN
TANAH MELAYU
Cadangan Shafie PM perlu persetujuan PH, kata Amanah, DAP
CADANGAN Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri perlu dipersetujui terlebih dahulu oleh Pakatan Harapan, kata Amanah dan DAP.
Dalam satu kenyataan bersama, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjelaskan cadangan itu adalah “satu opsyen baharu” untuk membolehkan PH dan Warisan mendapatkan semula mandat rakyat yang dirampas oleh Perikatan Nasional.
“Cadangan tersebut perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat Amanah dan DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
Kenyataan mereka menyusul pengumuman Dr Mahathir Mohamad bahawa Amanah, DAP dan Warisan sudahpun bersetuju agar Shafie dinamakan sebagai calon perdana menteri baharu untuk mengambil alih kerajaan.
Persetujuan dinyatakan dalam pertemuan tidak rasmi mereka pada Khamis lalu (25 Jun) di Rumah Tetamu Sabah di Kuala Lumpur, katanya. PKR tidak menyertai pertemuan itu.
Jelas Dr Mahathir, Shafie adalah calon perdana menteri yang wajar kerana beliau pemimpin asal yang menentang kerajaan kleptokrasi dan menjadi mangsa Najib Razak kerana membangkitkan skandal 1Malaysia Development Berhad.
Shafie digantung dari Umno, sementara Muhyiddin Yassin dibuang dari parti.
“Shafie ketika itu bersama-sama dengan Muhyiddin. Kini Muhyiddin meninggalkan perjuangan dan kembali bersama dengan kleptokrat yang dahulu menghukum dan menyingkirnya,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir percaya cadangan itu juga akan mengeratkan lagi hubungan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, DAP Sabah dalam satu kenyataan berasingan menggesa semua ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak menyokong cadangan Shafie sebagai perdana menteri.
Kata mereka, seorang perdana menteri dari Malaysia Timur akan dapat menyelesaikan banyak isu tertunggak melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 dan pembangunan.
Pakatan Harapan sehingga hari ini masih tidak dapat meleraikan kekusutan dalam gabungan itu selepas gagal menamakan calon perdana menteri bagi mengambil alih kerajaan.
Pemimpin DAP dan Amanah pada minggu lalu mendedahkan Anwar tidak berjaya mendapat sokongan daripada Warisan dan GPS untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri.
Susulan itu timbul saranan agar Dr Mahathir dinamakan semula sebagai calon perdana menteri semula dan akan menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam masa enam bulan`
PKR enggan berganjak daripada pendirian agar Anwar dinamakan sebagai perdana menteri bagi menggantikan Dr Mahathir.
Parti itu juga tidak yakin Dr Mahathir akan menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas tempoh enam bulan, sekiranya berjaya merampas Putrajaya semula. – 27 Jun, 2020.
DAP AMANAH
DITIPU ANWAR
INI HIKMAHNYA
AMIN
1 ulasan:
Mujahid pun dah mula tweet rasa bebulu dgn anwar. Depa akan dpt kata sepakat tggalkan anwar. Dulu amanah dap pejam mata psl anwar suka ke jantan,tp skg isu tu dah mula jadi alasan kuat depa tggalkan anwar.
Catat Ulasan