Ahad, 28 Jun 2020

HARI KE 103





BERKHALWAT
HARI INI AHAD 29/6/2020
KITA BERKHALWAT PKPB
MASUK KE HARI 103
KALAU KEDAI LEBAI VINCENT
DAH BUKA
BOLEH BELI NUMBO

PAGI INI HOKKIEN MALAP
MATAHARI BELUM KELUAR
KUALA LUMPUR BERKABUS
ATAU 
BERJEREBU
DARI JAUH DILIHAT KELAM

SAPERTI BIASA
BALAM MERBUK TERKUKUR
BELAGU 
DARI BUKIT KE BUKIT

SATU KUMPULAN PIPIT UBAN
AGAK AWAL
MENCARI MAKAN

PETANG KELMARIN
GUA TERSEREMPAK
SATU LAGI WILAYAH
YANG DITEROKA TEMPUA
KINI GUA HITUNG
TELAH ADA TIGA TAMAN TEMPUA
DALAM HOKKIEN
GUA HARAP
TAK ADA SESIAPA MENJADI DBKL
DATANG MERUTUHKAN
BANGLO BANGLO INI

TIGA BUAH KERETA MAHAL
TERPASANG DITEPI JALAN
PASTILAH
SEDANG MELAWAT
MAKAM EMAK ATAU AYAH
TAK NAMPAK MUKA HIDUNG
PASTI JAUH DARI JALAN
ENTAH DI BUKIT
ENTAH DI LURAH

DEBI MELINTAS
TAK TAK MENGEJAR
KERANA DALAM KERETA DEBI
ADA TIGA ORANG
SEDANG MELAUNG

GUA SELALU KETAWAKAN
DIRI GUA SENDIRI
KERANA ITU
GUA TAK PUTUS PUTUS 
KETAWA

BILA BALA MENIMPA
 KITA  MENUDUH BALA SAMPAI
DISEBABKAN ORANG LAIN
INI  TANDA KITA MEMERLUKAN PENCERAHAN

BILA KITA BERANI
SALAHKAN DIRI KITA
MAKA INI TANDA
PENCERAHAN DAH BERMULA

BILA KITA TAK MENYALAHKAN
ORANG LAIN
ATAU 
TIDAK MENYALAHKAN DIRI SENDIRI
MAKA INI BERMAKNA
 PENCERAHAN TELAH BERJAYA
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan: