Ahad, 14 Jun 2020

NAJIB ZAHID AKAN DIBEBAS?






HUJAH MADEY

MASUK AKAL

TAPI  KALAU

LANUN BEBAS

LANUN AKAN 

BUNUH 

MUHYIDDIN

KHALAS

Muhyiddin akan bebas ahli Parlimen berdepan kes rasuah, kata Dr Mahathir

DR Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini sedang merancang untuk memastikan enam ahli Parlimen yang menghadapi tuduhan rasuah bebas daripada pertuduhan sehingga beliau dapat mengekalkan majoriti tipis kerajaannya.

Dalam catatan blog bertajuk ‘Telur di hujung tanduk’, Mahathir menyebut enam orang yang akan dibebaskan oleh Muhyiddin tersebut, termasuk Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahmad Maslan dan Bung Mokhtar Radin.

“Di waktu Muhyiddin rancang untuk terima UMNO dan Najib sebagai rakan dalam parti baru, beliau janji tidak akan sentuh perbicaraan kes-kes Najib dan lain-lain kes yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO. Perbicaraan akan diteruskan.

“Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih dari separuh (111 wakil rakyat).

“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang dari separuh. Maka Kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh.

“Sebab itu Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak salah.” tulis Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri Pakatan Harapan itu berkata kemungkinan Muhyiddin melakukan perkara itu jelas melihat bagaimana  cara anak tiri Najib Riza Aziz serta bekas ketua menteri Sabah Musa Aman yang mendapat kebebasan dalam perbicaraan rasuah mereka.

“Kita sudah lihat bagaimana Riza Aziz dilepas dan Musa Aman juga sudah dilepas.

“Sudah tentu enam orang ini juga akan didapati tidak bersalah. Maka selamatlah Muhyiddin,” tulisnya lagi.

Pemerintahan Dr Mahathir digulingkan pada akhir Februari lalu oleh pakatan politik Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin dengan Barisan Nasional, PAS, pemimpin PKR yang melompat parti dan Gabungan Parti Sarawak. 

Ia berlaku setelah Muhyiddin yang merupakan presiden Bersatu mengeluarkan parti itu dari gabungan Pakatan Harapan.

Dr Mahathir, yang tidak setuju dengan langkah itu, mengundurkan diri sebagai perdana menteri, mengakibatkan kerajaan PH jatuh.

Tulisannya hari ini muncul kerana spekulasi sedang beredar bahawa Muhyiddin akan membubarkan Parlimrn bagi Muhyiddin mendapatkan mandat kerajaannya.

Dr Mahathir mengakhiri tulisan beliau dengan nada sarkastik.

“Dunia akan ketawa melihat kerajaan pintu belakang ini putar undang-undang. Yang salah tidak salah. Yang benar salah. Yang menang kalah. Yang kalah menang.

“Syabas. Norma baru sudah dicipta. ” – 13 Jun, 2020.


JENG JENG JENG

MUHYIDIN NAK

BUAT APA?

APA LANGKAH

NAK AMBIK

JENG JENG JENG

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin kena lenyapkan Najib, sebelum Najib lenyapkan Bersatu dalam PN
Najib masih ramai penyokong akar umbi dan masih popular di sabah sarawak.
ini Muhyiddin kena jaga, kalau xmahu ditendang utk kali kedua oleh Najib.
Hantar Najib ke Sungai Buloh, Muhyiddin aman.Khalas