Sabtu, 4 Julai 2020

GARIS POLITIK BARU



PARTI BARU

MAKIN RAMAI

YANG DIPERLU

PARTI BARU

DENGAN POLITIK

GARIS BARU

Parti Azmin hadapi masalah dengan RoS

RANCANGAN Mohamed Azmin Ali untuk menubuhkan parti politiknya sendiri berdepan kesukaran susulan masalah kelulusan daripada pihak berkuasa, kata beberapa sumber kepada The Malaysian Insight.

Mereka mendakwa Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) masih belum meluluskan pendaftaran parti Azmin, yang berbilang kaum seperti PKR.

Mereka menambah kelewatan kelulusan itu juga disebabkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin, yang juga menteri dalam negeri, tidak mahu partinya yang sudah retak terus berpecah belah.

“Mereka tidak mahu kehilangan ahli dalam Bersatu. Jika Azmin membentuk parti sendiri, apa jaminan yang orang lain tidak akan mengikut beliau,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Beliau juga berkata Presiden Bersatu dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak setuju dengan idea Azmin membentuk parti baharu untuk menarik lebih ramai penyokongnya daripada PKR.

Beliau menambah Muhyiddin lebih suka jika parti baharu Azmin dibentuk selepas pilihan raya umum, yang banyak didakwa akan dibuat sebelum akhir tahun ini.

“PM tidak menyokong ada parti lain sebelum pilihan raya. Ini akan merumitkan rundingan kerusi dan pembahagian jentera,” kata sumber itu.

Azmin dan sembilan ahli Parlimen berpaling daripada PKR, dan bergabung dengan Bersatu untuk membolehkan Muhyiddin menjadi perdana menteri di bawah pakatan kerajaan yang baharu dengan sokongan Barisan Nasional, PAS dan GPS yang memerintah Sarawak.

Namun, khabar angin semakin kuat yang Azmin, seorang daripada empat menteri kanan dalam Kabinet Muhyiddin, ingin membentuk partinya sendiri bagi memenuhi keperluan penyokong bukan Melayu.

Sumber lain memberitahu The Malaysian Insight struktur parti sudah ada, dan Azmin membentuk gerakan Pemuda sebagai platform sokongan untuk parti itu.

Entiti beliau baharu dikenali sebagai Pemuda Negara, dipimpin oleh sekutu terdekat Azmin - setiausaha politiknya Hilman Idham dan Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

Pemuda Negara juga sudah melantik penyelaras negeri yang terdiri daripada bekas pemimpin PKR dan juga Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan.

Ia juga melantik 222 penyelaras untuk mengawasi setiap kawasan Parlimen.

Bagaimanapun, Afif berkata kepada The Malaysian Insight yang Pemuda Negara adalah platform untuk mendekati belia dan mengumpulkan sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baharu.

“Kami bertemu dengan PM minggu lalu. Ini adalah platform belia untuk mendapatkan sokongan anak muda Malaysia terhadap kerajaan. Kami bukan parti politik,” katanya.

Afif berkata sejak dua bulan ia diwujudkan, mereka berjaya mengumpulkan lebih 7,700 ahli.

Sumber Bersatu memberitahu The Malaysian Insight, Azmin yang merupakan ketua whip PN, adalah ahli parti tetapi pendaftarannya ditangguhkan sehingga akhir pemilihan parti dijadualkan pada akhir tahun ini.

Hilman, yang juga Adun Gombak Setia, menolak dakwaan mengenai parti baharu, sebaliknya berkata Pakatan Harapan (PH) menyebarkan khabar angin tersebut.

“Ini semua khabar angin oleh PH. Kami gembira dengan keadaan kami sekarang,” katanya.

PKR memecat Azmin dan bekas naib presiden Zuraida Kamaruddin pada Februari kerana pengkhianatan mereka kepada parti dan menyebabkan kejatuhan kerajaan PH. – 4 Julai, 2020.


SESUDAH KOBID

DUNIA BERUBAH

MALAYSIA JUGA

AKAN BERUBAH

TANPA POLITIK

GARIS BARU

MELAYU CHINA

 AKAN BERGADUH

SESAMA SENDIRI

BEREBUT PUNCA

EKONOMI

AMIN

Tiada ulasan: