Sabtu, 4 Julai 2020

POLITIK MALAYSIA MAKIN BERAT





SUDAH TAKDA

CALON

PERDANA MENTERI

INI TAK BETUL

INI SALAH

KITA WAJIB

 CALONKAN

DATUK PADUKA

DR IBRAHIM ALI

UNTUK 

SELAMATKAN

MALAYSIA



Baru rakyat tahu UMNO, Pas tidak ada tokoh jadi Perdana Menteri – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Apabila Muafakat Nasional (MN) mengumumkan Muhyiddin Yassin calon Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan datang, membuktikan UMNO dan Pas selama ini tidak mempunyai tokoh sesuai untuk jawatan itu.

Presiden Parti Putra Malaysia, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, pelbagai perasaan timbul apabila Presiden Pas,  Hadi Awang dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa mengumumkan perkara itu semalam.

“Ada rasa nak ketawa, ada rasa naik sedih dan ada juga rasa nak terkencing apabila membaca kenyataan media dari dua pemimpin kanan parti MN ini.

“Rupanya MN tidak ada calon yang layak dan selama ini berkokok berdegar-degar kononnya, UMNO dan Pas adalah dua parti hebat, apatah lagi UMNO yang mendakwa sebagai parti dominan dalam MN dan PN.

“Baru sekarang semua rakyat tahu, UMNO tidak ada seorang pun calon di kalangan pemimpinnya yang berwibawa untuk Perdana Menteri selepas PRU-15. Semuanya tidak layak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Abdul Hadi dan Annuar dalam kenyataan berasingan menyatakan, MN menyokong dan bersetuju untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kerajaan PN sekiranya menang PRU-15 akan datang.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat MN antara UMNO dengan Pas baru-baru ini.

Menurut Dr. Ibrahim, selain UMNO, Pas juga belum mendapat apa-apa hidayah dan petunjuk siapa di kalangan pemimpin mereka layak serta sesuai untuk jawatan Perdana Menteri.

“Abdul Hadi pun tidak layak. Hanya setakat menjadi wakil Perdana Menteri ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri sahaja.

“Sebelum ini kita semua maklum, Pakatan Harapan (PH) sukar menamakan calon Perdana Menteri. Setiap kali mesyuarat dan berbincang, calonnya berubah dari satu nama ke satu nama.

“Ada saja tidak kena, sampai penat membaca kenyataan demi kenyataan dari kumpulan PH mengenai bakal calon Perdana Menteri. Selepas Anwar Ibrahim, kini nama  Shafie Apdal pula, mana tahu selepas ini nama Mohamad Sabu diumumkan,” katanya sinis.

Nampaknya, kata beliau, semua parti mendakwa hebat tidak ada calon layak, melainkan yang retorik sahaja.

Menurut Dr. Ibrahim, rakyat semakin hari mengeluh dengan drama politik dari PH dan MN yang membosankan.

“Setelah hilang nak ketawa, rasa sedih dan perut kembali normal, maka saya merayu kepada rakyat mendoakan semoga Parti Putra yang lahir suci dari debu politik mutakhir ini mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah.

“Putra juga akan menamakan calon Perdana Menteri apabila Parlimen dibubarkan menjelang PRU 15 nanti. Setakat ini siapa bakal calonnya, biarlah rahsia dulu. Beberapa nama sudah disenarai pendek.

“Kita akan pastikan calon Perdana Menteri Putra akan membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara kerana calonnya berintegriti, berwibawa, berilmu, berpengalaman, berinovasi dan tidak hipokrit atau munafik,” katanya. – MalaysiaGazette


PANDANGAN 

DR IBRAHIM ALI

TEPAT  BENAR

BUKAN SEMUA 

MAT JONGANG

BOLEH JADI

PERDANA MENTERI

WAJIB JADI

DOKTOR

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: