Khamis, 3 September 2020

ARMADA DAN ISMAIL SABRI AMBIL PERHATIAN




KETUA ARMADA

SURAT HANG

TAK LAKU

KAH KAH KAH 

Surat sokongan tidak boleh jadi asas buat keputusan dalam kerajaan

PUTRAJAYA – Sesuatu surat sokongan yang dikeluarkan oleh menteri atau ahli politik dalam kerajaan tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk membuat keputusan oleh mana-mana pegawai, atau kakitangan kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Bahagian Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, sebenarnya pegawai kerajaan sendiri mempunyai garis panduan yang harus dipatuhi dalam soal tersebut.

“Sebenarnya pegawai kerajaan pun kita ada garis panduan, tidak boleh jadikan surat sokongan ini sebagai arahan asas untuk membuat keputusan

“Kita sudah pernah keluarkan kenyataan bahawa siapa-siapa sama ada menteri atau ahli politik yang hendak mengeluarkan kenyataan tiada masalah.

“Cuma pihak kita sebagai penjawat awam tidak boleh menjadikan surat sokongan itu sebagai asas membuat keputusan sebab kita keluarkan garis panduan yang harus dipatuhi,” katanya.

Beliau ditanya mengenai insiden berkaitan pengeluaran surat sokongan melibatkan Menteri Pertahanan,  Ismail Sabri baru-baru ini.

Shamsun Bahrin bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenainya kerana berpendapat menteri berkaitan sudah memberikan penjelasan dan tidak mahu mengeluarkan kenyataan bercanggah.


ISMAIL SABRI

SURAT HANG

PUN SAMA

TAK LAKU

MELAINKAN

ADA KOPI

BAWAH TANAH

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: