Jumaat, 9 Oktober 2020

ANWAR TETAP JADI PM

 



WOIT

HANG TAK FAHAM

ANWAR TETAP

 MENJADI

CALON TETAP 

PM MALAYSIA

KAH KAH KAH

ADA DAP ATAU 

DAP TAK ADA 

 SEMUA TAK PENTING

KAH KAH KAH

YANG PENTING 

KU LI

TERSINGKIR

ANWAR AMBIL ALIH

KERUSI CALON

 TETAP PM MALAYSIA

 AMIN


DAP tak akan 

sertai Anwar, 

ahli Parlimen Umno

 menjauhkan diri

Pemimpin DAP dikatakan berang dengan tindakan terbaru Presiden PKR Anwar Ibrahim yang ingin merampas kuasa melalui pembelotan ahli Parlimen, dilihat sebagai keretakan terbaru dalam Pakatan Harapan (PH) sejak kehilangan kuasa awal tahun ini.

Ini kerana Anwar dikatakan disokong bekas penyokong kuatnya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan juga beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang berdepan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah.

MalaysiaNow difahamkan pemimpin DAP “menyatakan dengan jelas” kepada Anwar 42 ahli Parlimen parti itu tidak akan menyertai mana-mana gabungan bersama ahli Parlimen Umno “terutama mereka yang terpalit dengan kes rasuah”.

“Ini sebabnya mengapa Anwar terus membuat temu janji untuk mengadap Yang Dipertuan Agong, dengan harapan bakal mendapat lebih banyak sokongaan daripada ahli Parlimen Umno,” kata seorang pembantu kepada ahli politik PKR.

Zahid kini berdepan dengan 47 pertuduhan membabitkan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, merupakan yang tertinggi dalam kalangan bekas pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak tumbang pada tahun 2018.

Semalam, Anwar berkata Sultan Abdullah Ahmad Shah berkenan untuk beliau mengadap pada hari selasa, 13 Oktober, di mana beliau akan mempersembahkan perincian dakwaan memiliki sokongan “kukuh dan meyakinkan” daripada anggota Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.

Kenyataan ini dikeluarkan tiga minggu selepas Anwar mengisytiharkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tumbang dan beliau bakal membentuk sebuah kerajaan “majoriti Melayu”.

Tetapi, seorang sumber berkata, walaupun tanpa jumlah itu, Anwar dikatakan sudah berpuas hati kerana dapat mengadap Agong.

“Antara hari ini hingga Selasa depan, terdapat pelbagai kemungkinan taikun-taikun perniagaan yang tidak biasa dengan permainan angka ini akan berdiri di belakang Anwar, semuanya kerana perkenan Agong,” kata sumber itu tanpa menjelaskan secara terperinci.

MalaysiaNow difahamkan terdapat beberapa ahli Parlimen Umno sudah menjauhkan diri daripada Anwar selepas mengetahui nama mereka tersenarai dalam senarai yang akan dipersembahkan ke istana.

Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka, Ahli Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris bertindak membuat laporan polis semalam yang mendakwa beliau tidak pernah memberikan sebarang persetujuan agar namanya disenaraikan Anwar.

Dua lagi nama yang turut tampil menafikan mereka menyokong Anwar ialah Ahli Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen Jempol Salim Shariff.


WOIT

JANGAN PERCAYA  

BERITA ANGIN

INI  BERITA KENTUT

 BAWA BAU BUSUK

KAH KAH KAH 

ANWAR IBRAHIN

PEMIMPIN ISLAM 

YANG SUCI  

YANG WARAK

YANG ALIM

TETAP MENJADI

MENJADI CALON PM

AMIN



Tiada ulasan: