Selasa, 27 Oktober 2020

POLITIKUS GILA KUASA

 


BILA POLITIKUS

 GILA GILA KUASA 

MAT KOBID DATANG MENYERANG 

AMIN


AWAS

2 kawasan di Selangor, 1 di Kuching dikenakan PKPD

DUA kawasan di Selangor dan satu kawasan di Sarawak akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) selama dua minggu, kata Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kanan itu berkata, flat Sungai Emas di Kuala Langat dan Plaza Hentian Kajang, Hulu Langat akan dikenakan PKPD bermula 28 Oktober hingga 10 November.

Dua kawasan itu melaporkan lonjakan kes Covid-19 apabila flat Sungai Emas merekodkan 42 kes positif dan Plaza Hentian Kajang 63 kes positif.

Manakala, Kampung Haji Baki di Kuching pula dikenakan PKPD selepas 27 kes positif dilaporkan di sana.

Katanya, PKPD di Kajang melibatkan 1,300 orang penduduk flat Sungai Emas dan 7,500 penduduk di Plaza Hentian Kajang.

Manakala PKPD di Kuching melibatkan 532 rumah dengan 4,191 orang penduduk.

Bagi memastikan kepatuhan PKPD, Ismail Sabri berkata pasukan polis, tentera, perkhidmatan awam, sukarelawan dan pihak berkuasa tempatan akan dikerahkan mengawal kawasan berkenaan.

Tambahnya lagi, PKPD di Penjara dan Kuarters Kakitangan Pulau Pinang yang dijadualkan tamat esok dilanjutkan kepada 11 November.

Katanya, sejak 26 Oktober 4,196 sampel diambil dari kawasan itu dan kebanyakannya disahkan positif.

“Berdasarkan nasihat Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan, PKPD akan dilanjutkan selama 14 hari lagi kepada 11 November.” – 27 Oktober, 2020.



AWAS

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tak suka kat dsai bak po?