Ahad, 17 Januari 2021

KERAJAAN 110


 

TAK DAPAT BANTU

RAKYAT TAKAPA

AMIN

JANGAN BAGI 

RAKYAT SUSAH

AMIN



Ahli Parlimen pembangkang akan rayu Agong batal darurat, kata sumber

AHLI Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang akan merayu Yang di-Pertuan Agong membatalkan pengisytiharan darurat Isnin depan, kata beberapa ahli Parlimen kepada The Malaysian Insight.

“Kami akan kemukakan rayuan bersama dari Pakatan,” kata seorang pemimpin kanan Amanah yang enggan namanya disebutkan.

“Saya rasa penting bagi kita untuk luahkan pendapat kami kepada Yang di-Pertuan Agong secara terus,” kata ahli Parlimen itu.

Katanya, PH tidak mempertikaikan hak Agong, namun berharap agar Sultan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempertimbangkan semula Perintah Darurat.

Mengikut nada sama yang dilemparkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim minggu lalu, beliau berkata PH merasakan Perintah Darurat yang diusulkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak perlu kerana undang-undang yang ada sudah mencukupi.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berada di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit sudah sangat luas dan berfungsi dengan baik untuk membendung Covid-19 tahun lalu.

“Tambahan pula, Pakatan sentiasa menyokong langkah wajar yang diambil bagi menangani penularan Covid-19,” tambahnya.

“Oleh itu, keperluan Perintah Darurat untuk Covid-19 sama sekali tidak perlu timbul.”

Dari pihak PKR dan DAP, lebih separuh ahli Parlimen memberitahu The Malaysian Insight mereka juga bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Anwar minggu lalu.

“Tetapi kita tidak akan merayu secara individu tetapi sebagai sebuah gabungan di bawah Pakatan,” kata seorang ahli Parlimen dari PKR.

Ketika ditanya bila rayuan akan diserahkan, ahli Parlimen itu berkata, kemungkinan rayuan akan dikemukakan esok.

Timbalan Presiden Pejuang Senator Marzuki Yahya berkata, pihaknya juga akan meminta Agong membatalkan Perintah Darurat.

“Kami bersetuju untuk menghadap Agong kerana ada banyak kerisauan mengenai kesan Perintah Darurat terhadap ekonomi,” kata Marzuki kepada The Malaysian Insight.

“Pejuang berharap dapat mengirimkan rayuan itu pada Isnin,” kata bekas wakil menteri luar negeri.

PH terdiri daripada 91 ahli Parlimen, sementara Pejuang terdiri daripada 4 ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Warisan yang mempunyai 9 ahli Parlimen, kelihatan masih tidak memutuskan lagi tentang perkara ini.

Seorang ahli Parlimen Warisan memberitahu The Malaysian Insight, mereka tidak mendapat arahan daripada presiden parti, Mohd Shafie Apdal.

“Saya setuju dengan ini tetapi kami sedang menunggu arahan lanjut,” kata ahli Parlimen Sabah itu.

Pada Khamis, Presiden PKR Anwar meminta ahli Parlimen PH untuk merayu kepada Agong supaya menarik kembali Perintah Darurat yang diumumkan 12 Januari dan dijadualkan berakhir pada 1 Ogos.

Sehari setelah darurat diumumkan, Muhyiddin berkata darurat itu bukan rampasan kuasa walaupun Parlimen, Perlembagaan Persekutuan dan pilihan raya akan ditangguhkan.

Beliau berkata darurat itu memberi kuasa lebih besar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menggubal undang-undang, yang bertujuan mengawal pandemik.

Kenyataan itu keluar sehari selepas beliau mengumumkan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Muhyiddin membuat pengumuman itu hanya beberapa jam sebelum seorang lagi ahli Parlimen Umno, Nazri Aziz (Padang Rengas), menarik sokongannya kepada presiden Bersatu itu.

Pada 9 Januari, Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub mengejutkan negara dengan mengumumkan penarikan sokongannya dari Muhyiddin.

Muhyiddin, yang juga ahli Parlimen Pagoh, kini mengetuai kerajaan minoriti PN dengan hanya 110 sahaja daripada 222 ahli Parlimen di Dewan Rakyat. – 17 Januari, 2021.

RAKYAT MUAK

NAK MUNTAH

POLITIKUS

GILA KUASA

AMIN 



Tiada ulasan: