Ahad, 17 Januari 2021

ZAHID PUN KENA TIPU KE ?

 

ZAHID SILAP

KAUTIM DENGAN

ANWAR

AMIN




Masa untuk Zahid 

berundur, desak 

ketua-ketua 

pemuda Umno

BEBERAPA pimpinan Pemuda Umno di akar umbi mendesak Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan presiden parti, ketika kepimpinannya belum juga lagi memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Mereka membuat kenyataan terbuka mendesak Zahid berundur “secara terhormat”, ketika ada kritikan terhadap kepimpinannya yang dianggap gagal membaca dan memahami sentimen ahli-ahli Umno di akar umbi.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Kuala Selangor Aemirul Zaki berkata Zahid boleh berbuat demikian secara sukarela tanpa perlu menunggu pemilihan parti atau keputusan Perhimpunan Agung Umno.

“Tidak timbul isu Zahid akan dikecam dan dibodohkan oleh ahli. Ahli (sebaliknya) akan puji dan berbesar hati melihat kesanggupannya memberi ruang kepada orang yang tidak banyak isu untuk mengetuai parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Zahid boleh berehat “untuk selamatkan parti”, tambah Aemirul, dengan menyerahkan kepimpinan parti kepada timbalannya Mohamad Hasan, sehingga pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini.

“Kita boleh minta beliau berundur atau bercuti dan berbesar hati sebagai seorang pejuang untuk selamatkan parti dengan beri ruang kepada jentera parti buat kerja.

“Zahid perlu bersetuju untuk berundur dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya untuk mengetuai Umno pada masa ini,” katanya.

Ini bukanlah desakan pertama terhadap Zahid untuk berundur, sebaliknya muncul seawal enam bulan selepas beliau menang pemilihan parti pada akhir Jun 2018. Ketika itu Zahid ditekan untuk berundur selepas gerombolan ahli parlimen Umno keluar parti dan kemudian menyertai Bersatu.

Dua ketua Pemuda Umno bahagian minggu ini dipetik oleh Utusan Malaysia menggesa Zahid “berehat” segera. 

Ketua Pemuda Umno Pontian Mohd Helmi Buang yang membuat desakan itu juga menyeru langkah sama diambil oleh pemimpin Umno lain yang sudah berpenggal-penggal memegang jawatan tinggi.

“Tindakan ini amat pen­ting agar generasi baharu terus sa­yang dan menghormati parti keramat ini.

“Berundur tidak bermakna mengalah. Beliau (Zahid) boleh membantu parti dari luar bagi memastikan sema­ngat juang generasi baharu tidak pudar,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Seremban Zool Amali Hussin pula berkata pandangan mereka itu bukan tidak hormatkan Zahid sebagai presiden parti sebaliknya kerana mereka lebih sayangkan parti.

“Saya hanya mahu lihat pembaharuan dalam parti… tiada apa-apa yang saya nampak dilihat (untuk) meremajakan parti ini,” katanya.

Umno lemah

Desakan ini muncul ketika beberapa veteran Umno memberi pandangan agar pemilihan parti tidak perlu ditangguhkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15, seperti yang lazim dilakukan setiap kali pemilihan parti bertembung dengan pilihan raya.

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata kepimpinan Umno sekarang terlalu lemah, dan perpecahan dalaman parti hanya boleh diselesaikan dengan menentukan barisan kepimpinan yang baru.

Penasihat Umno Selangor Muhammad Muhd Taib pula menggesa mana-mana pemimpin yang bermasalah supaya berundur segera dan memberi lebih ruang kepada pemimpin yang lebih layak, demi kelangsungan politik Umno.

“Sekarang ini, soal beralah kepada yang pemimpin lebih layak menjadi masalah besar dalam Umno kerana ada yang tidak mahu beralah.

“Ini namanya tidak bertimbang rasa, tidak kasihan dengan parti dan bersifat bodoh sombong. Akar umbi sepatutnya kena tahu beza mana kaca dan mana permata,” kata Muhammad, dipetik Sinar Harian.

Zahid kini berdepan 47 tuduhan jenayah melibatkan kesalahan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Beliau juga didakwa menyokong usaha Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN), yang akan bekerjasama dengan DAP.

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa baru-baru ini mendedahkan surat sokongan Zahid kepada Anwar, yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong – yang tersebar pada pertengahan Oktober lalu – bukan surat palsu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam Mohamad Anis Md Yusof berkata sentimen yang mahu Zahid berundur bukan hanya dalam kalangan ahli Umno.

“Ada juga dalam kalangan penyokong Umno… maksudnya bukan ahli Umno yang melihat kedudukan presiden pada hari ini sangat lemah,” katanya.

Bagaimanapun beliau berpendapat Zahid mungkin masih boleh mempertahankan jawatannya kerana sentimen pemilihan di akar umbi lazimnya dipengaruhi oleh pilihan ketua bahagian.

“Kebanyakan akar umbi buat pemilihan berdasarkan ‘sustainable’ pemimpin bahagian. Mungkin pemimpin bahagian memilih orang itu sebagai presiden jadi akar umbi pun pilih orang itu sebagai presiden. Itu yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Rizam Ismail berkata perbahasan mengenai siapa layak memimpin Umno sekarang hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh memusnahkan parti.

“Ini bukan masanya untuk kita berpecah-belah dan berantakan sesama sendiri. Sebaliknya, kita sebagai pemimpin di bahagian perlu tunjuk contoh yang baik kepada akar umbi. 

“Sebagai pemimpin yang matang kita perlu menyeru kepada ahli-ahli agar merapatkan saf dan bersatu padu di belakang pemimpin utama kita iaitu presiden Umno,” katanya.

Gelombang akan memuncak

Sementara itu, penganalisis politik Dr Mohammad Tawfik Yaakub dari Universiti Malaysia percaya gelombang penolakan terhadap Zahid akan terus memuncak dalam masa terdekat.

“Gelombang ini dicetuskan oleh pemimpin pemuda dan akan disambut oleh pemimpin tertinggi parti sekiranya semakin ramai Pemuda Umno menyuarakan desakan tersebut,” katanya.

Pensyarah di Fakulti Ekonomi itu berkata Umno perlu belajar daripada pengalaman MCA dan MIC yang berani menukar kepimpinan parti.

“Konsep taat kepada pemimpin dalam kehidupan orang Melayu perlu diletakkan pada tempat, masa yang sesuai dan bukan membuta tuli,” katanya. – 17 Januari, 2021.


KESILAPAN BESAR

AMIN

YANG DIKEJAR

TAK DAPAT

YANG DIKENDUNG

TERCICIR

KERANA MAKAN

TIPU PAK IMAM

AMIN



4 ulasan:

Awanama berkata...

Kluster mahkamah umno seharusnya berhenti jadi ketua, bagaimana mahu jadi ketua kalau banyak kes mahkamah.hanya orang gila dan orang bodoh sedunia yang mampu tidak letak jawatan sambil meminta sokongan.kebodohan apakah ini, kafir makan babi haram pun tak bodoh macam babi ini

Zali berkata...

Zahid flip flop.. niat di hati pun dah salah, nak lepaskan diri sendiri. patut dari mula ko tak masuk campur dgn muhyidin & pengkhianat tu. biar diaorang terkontang kanting

sekarang rasakanlah nerakanya, Allah dah pesan. pilih neraka, silakan terima..

Awanama berkata...

"...Jahid perlu bersetuju..." itu kata kata DEMAND bukan REQUEST...so kalau tak paham lagi bahasa jawa nak buat cam mana....kalai berbahasa english nanti di bedal nya asal bole seperti dia berucap di UNGA....kang nanti dia kata unga nih burung united nation yang singgah assembly di NY....kwang kwang kwang...

ToraTora berkata...

Sila undur pemimpin yang bermasalah... bagi chance pemimpin baru pulak buat masalah..