Jumaat, 2 April 2021

ANNUAR MUSA PANDAI BERCAKAP

 



ANNUAR MUSA

PANDAI BERCAKAP

AMIN

BIJAK BERCAKAP

TAK SEMESTINYA

CAKAP BETUL

KHALAS




Tentang kerajaan, rakyat dan tanggungjawab negara

ANNUAR MUSA barangkali antara pemidato yang baik dalam politik Malaysia. Namun kebolehan bercakap dengan baik tidaklah bermakna apa yang dicakapnya baik untuk Malaysia.

Hari ini, menteri dan pemimpin Umno yang tersisih dalam partinya sendiri merayu Umno untuk tidak meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjelang pilihan raya umum.

“Ini bukan masanya menggagalkan pentadbiran yang kita sendiri bentuk dan kita sendiri anggotainya, bukan masa untuk keluar dan runtuhkan kerajaan Sabah, Johor, Melaka, Perak dan lain-lain yang kita kongsi bersama PAS dan Bersatu,” katanya dalam satu tulisan di Facebook, hari ini.

Jelas Annuar, ini bukan masa untuk Umno lari daripada tanggungjawab berkhidmat kepada pengundi.

Annuar betul apabila berkata Umno ada tanggungjawab kepada pengundi iaitu majoriti kecil yang membuat keputusan dalam pilihan raya umum 2018 bahawa Pakatan Harapan jadi kerajaan persekutuan, dan bukannya gabungan yang diatur kemudian yang mengambil alih kuasa pada 2020.

Hakikatnya Annuar meminta partinya mengekalkan pemimpin Umno dalam jemaah menteri dan mentadbir negara sehingga pilihan raya akan datang.

Hal itu mungkin kalau kerajaan PN ada majoriti parlimen. Hal itu mungkin kalau PN boleh membuktikan majoritinya di Parlimen. Hal itu juga mungkin jika perdana menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik perisytiharan darurat dan memanggil Dewan Rakyat bersidang.

Selepas menerima speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap bulan lepas, Agong bersetuju Parlimen boleh bersidang. Itu pun belum juga berlaku.

Jadi, apa yang Annuar boleh buat ialah pergi ke media sosial dan merayu partinya untuk buat apa dia fikirkan betul. Parti itu sendiri sedang mempertahankan diri selepas memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PN dalam pilihan raya umum akan datang.

Annuar dan mereka yang bercakap tentang tanggungjawab kepada negara atau kerajaan Melayu-Islam hanya menyembunyikan cita-cita peribadi untuk kekal berkuasa dan bukannya duduk di kerusi pembangkang.

Hakikatnya, kumpulan menteri ini tidak layak pun untuk menerajui persatuan ibu bapa dan guru, apalagi sebarang aspek sesebuah kerajaan.

Yang betul perlu dilakukan sekarang ialah menghormati mandat rakyat dan membenarkan wakil rakyat kembali ke Parlimen untuk membangkitkan dan membahaskan isu semasa.

Kalau itu tidak boleh, lebih baik diadakan pilihan raya. Sebarang cakap-cakap tentang tanggungjawab kepada negara daripada Kabinet ini semasa darurat sekarang hanyalah untuk mengambil kesempatan dan hipokrit. – 1 April, 2021.

Jahabar Sadiq ialah 
ketua pengarang The Malaysian Insight. 


 ANWAR IBRAHIM

LAGI PANDAI

BERCAKAP

KAH KAH KAH


Tiada ulasan: