Selasa, 11 Mei 2021

ANTARA EKONOMI DAN KESEHATAN


ANTARA

EKONOMI

DAN

KESEHATAN

AMIN

GARIS PILIHAN

AMAT SUSAH

AMIN

MEMERLUKAN

FIKRAH BIJAK

KHALAS 

BUKAN

 POLITIKUS BEBAL

KHALAS



Peniaga rugi bazar Ramadan diarah tutup awal

PENIAGA bazar Ramadan mengeluh penutupan perniagaan terlalu awal akan menyebabkan mereka mengalami kerugian kerana sudah menjadi kebiasaan menunggu beberapa hari terakhir puasa untuk meningkatkan penjualan mereka.

Tahun ini suasana itu tidak akan berlaku selepas Putrajaya mengarahkan semua bazar Ramadan ditutup lebih awal, di sesetengah tempat sehingga enam hari sebelum Aidilfitri, kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan Covid-19.

Mereka juga memberitahu The Malaysian Insight tahun ini perniagaan terjejas teruk kerana hujan.

“Kami berniaga selama 25 hari tetapi ribut petir dan hujan lebat hampir setiap hari. Cuma empat hari cuaca baik,” kata Awan yang menjual pelbagai jenis hidangan di sebuah bazar di Subang Jaya dan juga di Puchong, kedua-duanya di Selangor.

Sentimen Awan dikongsi Nizar Mohd Nasir, peniaga Salmon Assam Laksa dan sate di bazar Prima Saujana di Kajang, juga di Selangor.

“Lima hari terakhir adalah hari di mana kami kerja keras untuk dapatkan lebih jualan. Sepanjang tempoh puasa, hujan turun dengan lebat dan penjualan tak berapa bagus,” kata Nizar.

“Sebahagian besar peniaga bazar Ramadan hanya mendapat sedikit sahaja pendapatan, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya,” kata mereka berdua.

Awan berkata sudah sediakan 1,000 ketupat dan rendang untuk dijual di bazar Ramadan sebelum diarahkan tutup oleh kerajaan Selangor.

“Saya sudah meniaga makanan di bazar Ramadan selama 21 tahun. Lima hari terakhir ini, peniaga akan jual ketupat, rendang, nasi himpit dan kuih raya. Saya sudah siapkan 1,000 ketupat dan rendang.

“Saya tidak dapat jual sebab bazar terpaksa ditutup. Dua hari terakhir sebelum ditutup, saya cuma dapat jual 200 biji ketupat sahaja,” katanya.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada Rabu lalu mengarahkan semua bazar di kawasan PKP ditutup mulai Sabtu.

Amirudin berkata, keputusan itu dibuat Majlis Keselamatan Selangor susulan peningkatan kes baharu Covid-19 yang berkait dengan bazar Ramadan.

Bagaimanapun, Awan dan Nizar berkata kepada The Malaysian Insight, sepanjang tempoh itu, prosedur operasi standard (SOP) ketat telah diikuti sepanjang tempoh tersebut.

“Saya ragu kami sumbang kepada peningkatan kes baharu. SOP ketat dan semua orang patuh.

“Penjual dan pelanggan ikut arahan. Anak kecil tidak diizinkan masuk ke bazar,” kata Awan mewakili golongan bazar Ramadan di Subang Jaya.

“Di Kajang, pegawai MPKj (Majlis Perbandaran Klang) ada di mana-mana untuk pastikan kami ikut SOP. Kami tak mahu susahkan penjaga kami,” tambah Nizar.

Awan dan Nizar berkata sebahagian besar peniaga bazar Ramadan mengalami kerugian beribu-ribu ringgit.

“Dalam pengalaman saya selama 20 tahun, inilah masanya di mana banyak daripada kami kerugian ribuan ringgit. Kami beli stok tambahan untuk Hari Raya tapi tidak dapat menjualnya sebab PKP,” kata Awan.

Bagaimanapun, Nizar berkata sekumpulan peniaga di Kajang memutuskan untuk memberi sedekah lebihan makanan yang tidak terjual ke rumah anak yatim dan warga emas.

Beralih ke platform dalam talian

Penjual Roti John dari Kampung Perepat di Klang, Hafizul Rahman, berkata sejak penutupan bazar Ramadan Sabtu lalu, dia bergantung pada Whatsapp dan media sosial untuk menjual.

“Saya ambil pesanan guna Whatsapp dan pelanggan dapat ambil pesanan mereka dari rumah saya. Tetapi pesanan itu hanya dibuka untuk penduduk di kampung saya sahaja.

“Saya tidak terima pesanan daripada orang luar sebab PKP. Saya mungkin akan dapat masalah,” kata Hafizul, 28.

Dia mengakui tidak dapat mengumpul lebih banyak duit untuk hari raya tahun ini.

“Perniagaan baik-baik saja tapi tidak seperti beberapa tahun sebelum ini. Hujan sepanjang bulan, rendahkan penjualan kami.

“Kawan saya yang jual air minuman rugi hampir RM3,000 sebab jualan rendah,” katanya.

Kak Ani yang menjual nasi kerabu di Setia Alam, Shah Alam berkata, dia bergantung pada pesanan pelanggan tetap sahaja.

Katanya dia menggunakan kumpulan Whatsapp dan Facebook untuk kemas kini pelanggan tetapnya.

“Pendapatan saya pada bulan Ramadan tahun ini separuh daripada biasa saya dapat. Beza besar. Saya tak kata saya tak bersyukur. Saya faham keadaan.

“Syukurlah pelanggan tetap saya masih mahu saya masak untuk menu berbuka puasa mereka,” tambahnya.

Dania, 25, yang memiliki Niase Sdn Bhd, jenama tempatan menjual makanan Thai asli berkata generasi muda sepertinya mempunyai kelebihan untuk memasarkan produk mereka secara dalam talian.

Dia menjual makanan Thai asli di bazar Ramadan di Ipoh untuk pertama kalinya, berkata generasi tua paling menderita semasa wabak ini.

“Dalam kes saya, menu Ramadan saya berbeza dari lain. Saya jual makanan Thai asli dan satu-satunya orang yang jual makanan seperti itu di bazar.

“Hujan juga di Ipoh tetapi mungkin kerana jarangnya nak dapat makanan kami, kami berjaya jual sampai habis setiap hari walaupun hujan.

“Salah satu faktor, saya guna media sosial dan strategi pemasaran dalam talian. Saya habiskan ribuan ringgit untuk mempromosikan jenama saya secara dalam talian supaya orang ramai kenal produk saya.

“Ramai pengusaha muda seperti saya gunakan platform ini semasa wabak untuk membuat lebih banyak penjualan. Namun, generasi tua tidak mahir dalam teknologi moden tidak dapat bertahan,” kata Dania.

Selain dari Selangor, beberapa daerah di Perak, Johor, Pulau Pinang dan Pahang telah mengarahkan penutupan bazar Ramadan berikutan lonjakan kes Covid-19.

Baru-baru ini Ismail Sabri Yaakob berkata pegawai kesihatan telah mengesan kes baharu yang berkait bazar Ramadan.

Kerajaan semalam mengarahkan semua peniaga bazar Ramadan menghentikan perniagaan mereka mulai Isnin. – 11 Mei, 2021.




PKP 3.0 gagal jika semua sektor ekonomi beroperasi, kata kesatuan



Kes positif Covid-19 di Besut catat peningkatan mendadak


Tingkatkan disiplin bendung Covid-19, kata PM

Tiada ulasan: