Jumaat, 7 Mei 2021

KERAJAAN BALIK PERANGAI LAMA

 

 KERAJAAN INI

BALIK DENGAN

PERANGAI LAMA GEROMBOLAN 

 AMIN

TANGKAP SANA  

TUDUH SINI 

AMIN

KELEPET SANA 

RAMPAS  SINI

AMIN 



Telefon Zunar dirampas polis siasatan karikatur MB Kedah

TELEFON kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Alhaque dirampas oleh polis semasa siasatan mengenai karikatur yang didakwa mempersendakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Zunar berkata beliau hari ini disiasat selama dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di Kedah berhubung karikatur itu.

“Saya menggunakan hak saya untuk tidak menjawab soalan-soalan yang ditanya semasa siasatan,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insight.

Zunar memberitahu Free Malaysia Today, ini adalah kali kelima telefonnya dirampas.

Menurut Zunar beliau antara lain ditanya makna karikaturnya dan siapa tokoh yang digambarkan dalam karikatur itu.

Katanya, beliau juga ditanya adakah karikatur itu dilukis kerana diupah atau disuruh oleh sesiapa.

Zunar berkata beliau disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salah guna kemudahan internet.

Zunar disiasat 15 hari selepas pereka grafik Fahmi Reza direman sehari untuk siasatan kerana didakwa menghina Raja Permaisuri Agung.

Awal minggu ini, Fahmi diarah menyerahkan akaun Twitternya kepada polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membantu siasatan.

Fahmi direman pada 24 April selepas menyusun himpunan lagu di Spotify yang disenaraikan di bawah tajuk “This is Dengki Ke” dan dipaparkan bersama potret Permaisuri Agong.

Pada 23 Januari lalu, sebuah karikatur Zunar diterbitkan di laman Facebook Zunar Kartunis Fan Club mengkritik kerajaan Kedah kerana membatalkan cuti umum Thaipusam.

Muhammad Sanusi ketika itu dilapor berkata tiada cuti peristiwa untuk perayaan Thaipusam di Kedah untuk menghindari ancaman penularan Covid-19.

Beliau juga berkata keputusan kerajaan negeri itu bukan berniat menafikan hak penganut Hindu di Kedah kerana mereka masih boleh menyambut perayaan itu dengan mematuhi tatacara mencegah Covid-19 yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. – 7 Mei, 2021.

 INI MAKIN

BERAT

AMIN

DI INDIA

ADA MODI

AMIN

DI KEDAH

ADA SANUSI

KHALAS 



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaaan LAngkah Sheraton adalah yang terbaik kerana telah kembali kepangkal jalan...KAKAKAKAKAKAKAKAKKIAIKAKAKA

Tanpa Nama berkata...

Mintak Zunar troll Abam selalu sakit bila anakbini melawat dipenjara, hilang sakit bila anakbini balik....