Sabtu, 1 Mei 2021

POLITIKUS JANGAN ANGKUH - CAKAP BENAR

 

POLITIKUS

JANGAN ANGKUH

AMIN

CAKAP BENAR

CAKAP JUJUR

AMIN

JANGAN CUBA

AMBIK UNTUNG

POLITIK BILA

RAKYAT NAK MATI

KHALAS


Kerajaan akan nilai semula PKP – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, penilaian semula itu difikirkan perlu khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes-kes positif Covid-19 secara mendadak.

“Penilaian semula ini penting untuk memastikan SOP yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan Covid-19 yang sedang meningkat di negara kita dan di seluruh dunia,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Presiden Bersatu itu berkata, setakat ini kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

Jelas Muhyiddin, sistem itu bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan Covid-19.

“Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati oleh sejumlah besar mereka yang positif Covid-19.

“Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan untuk mengawal dan membendung penularan jangkitan Covid-19 secara bersasar,” jelas beliau lagi.

HIDE sebelum ini berjaya mengesan sejumlah 22 tapak bazar Ramadan berisiko penularan Covid-19 di tujuh negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Kesemua tapak bazar Ramadan itu kini diarahkan tutup. 


POLITIKUS

JANG TIPU

JANGAN PUTAR

AMIN

JANGAN NAK

CARI MATA

TIBAI MUSUH

POLITIK GUNAKAN

KOBID

KHALAS



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan TT,
Lagi mendalam hari berjalan lagi jadi nyata, jelas dan terang keadaan kita ni bagai KELUAR MULUT HARIMAU, MASUK MULUT BUAYA!
Apa nak buat, keluar jalan raya...?
Tak boleh pakai lagi la.... marhaen kat sini bukan macam yang kat Myanmar atau Siam..! Kat sini bagi RM50 pam minyak kapcai... Alhamdullilah, baiknya Abah..!
Makcik Kiah pulak kata, takpo la oang kito..!

Tanpa Nama berkata...

Aku tengok FB, kenyataan PIEM ini tak ada orang like pon, comments jarang sekali, ada like pon berpukuh rates saja, tapi bila Najib buat komen beribu ribu like dan komen, adakah Najib sememangnya Bossku? Semua rakyat Malaysia suka Bossku walau awam mengetahui isu 1MDB ? Jadi apa tahap pemikiran orang ramai? Kenapa Malaysia begini? Masih kaum agama menjadi isu sebelum isu itu sendiri? Tolong beri pencerahan, siapa huru hara rakyat? Semuanya kaum agama masih utama tanpa melihat isu objektif.dan rational.???