Sabtu, 1 Mei 2021

SEKARANG KITA FAHAM


SEKARANG BARU

KITA FAHAM

AMIN

KENAPA

SOSOK JUJUR

TAK DISAMBUNG

TUGAS

AMIN 




Ahli politik jangan berkokok, ekor bergelumang tahi – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat rasuah dalam kalangan ahli politik di negara ini.

Menurutnya, ahli politik sering mengambil kesempatan ‘berkokok’ menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun ‘ekor’ mereka ‘bergelumang dengan tahi.’

“Rakyat Malaysia marah, sekejap ‘katak’ lompat (ahli politik) hantar SPRM masuk kerana wujud ‘katak’ di situ (politik),” ujarnya dalam sidang media di sini petang tadi.

Abdul Hamid kesal dengan apa yang berlaku selepas dirinya berusaha ‘membersihkan’ rasuah dalam PDRM namun ia tidak berlaku dalam politik di negara ini.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai politik selepas bersara, Abdul Hamid menafikannya.

“Saya takkan masuk politik tapi saya tahu apa itu politik,” katanya yang membayangkan sudah tiba masanya berehat dan menumpukan hobinya bercucuk tanam.

Ditanya apa yang beliau terkilan sepanjang menjadi peneraju PDRM, Abdul Hamid mengakui beliau tidak sempat pergi ke Sabah dan Sarawak untuk menangani masalah integriti polis yang berlaku di kedua-dua negeri itu kerana kekangan Covid-19.

Bagaimanapun beliau berharap penggantinya,  Acryl Sani Abdullah dapat menanganinya selepas ini.


Abdul Hamid juga menjelaskan apa yang berlaku dalam kejadian kompaun RM50,000 terhadap seorang peniaga di Kota Bharu, Kelantan telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, kompaun dikenakan melibatkan premis bukan individu kepada pesalah dan ia melibatkan kompaun RM50,000 dan bukan RM10,000 sekiranya perseorangan.

Namun, katanya, ia masih boleh dibuat rayuan oleh pihak terlibat.

Beliau berkata, PDRM sentiasa berusaha meningkatkan penguatkuasaan bagi membantu kerajaan menangani penularan Covid-19 dan kadangkala dijadikan bahan kritikan sesetangah ahli politik – 

 SUSAH NAK

CARI KETUA

POLIS YANG JELAS

MELAWAN

RASUAH

AMIN

YANG JELAS

LAWAN SAMSENG

AMIN

YANG JELAS

LAWAN PENGARUH

CHINA MERAH

AMIN

YANG JELAS

LAWAN TOWKAY

DADAH

TOWKAY JUDI

TOWKAY LENDIR

AMIN

YANG DULU

KAUTIM DENGAN

GOPI

AMIN

YANG AKAN

DATANG NI

KITA LIHAT 

DAN NANTI

AMIN 



1 ulasan:

Amier The Hero berkata...

Menteri KDN bekas yumno.. jadi paham² la taek yumno ni cemana. Kroni tu wajib utk lepas diri bila susah nnt. Aku mmg tak suka tgk muka dia, tak tau napo.. aura negative kot hahahahaha