Khamis, 24 Jun 2021

MUHYIDIN BERNAFAS DALAM LUMPUR

 

MUHYIDIN

BERNAFAS DALAM

LUMPUR

KAH KAH KAH

KINI DAPAT 

OXYGEN DARI

GERAKAN ANTI

ANWAR-ZAHID

AMIN



Kami tidak sokong usul tidak percaya, kata ahli Parlimen BN

SEMUA 42 ahli Parlimen Barisan Nasional tidak akan menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan untuk perbahasan di Dewan Rakyat apabila Parlimen bersidang nanti.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menegaskan untuk mengurangkan suhu politik, seperti yang dititah nasihat oleh Raja-Raja Melayu, sidang Dewan Rakyat nanti mesti memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan pandemik Covid-19.

“Kami amat mengharapkan sidang Parlimen ini akan dapat memberi tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Oleh yang demikian dan bagi menjunjung titah Tuanku supaya suhu politik dapat diredakan maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

BN mempunyai 38 ahli Parlimen dari Umno, termasuk 3 yang sudah menarik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Baki empat ahli Parlimen lagi terdiri daripada MCA (2), MIC (1) dan PBRS (1).

Kenyataan itu juga menyebut ahli-ahli Parlimen BN sepakat untuk terus mendukung pelan pemulihan negara keluar daripada pandemik Covid-19, seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lalu.

Semua menteri dan timbalan menteri BN juga akan memastikan komitmen melaksanakan tugas dan peranan mereka dalam urusan pandemik Covid-19 sesuai dengan portfolio masing-masing, kata kenyataan itu.

“Apa yang pasti keutamaan ahli-ahli Parlimen daripada Umno dan BN adalah demi kelangsungan hidup rakyat dengan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan di samping masa hadapan negara Malaysia,” kata mereka.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang sebelum ini menyeru moratorium politik sehingga dua tahun bagi membolehkan negara fokus kepada usaha untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19.

Pada Ahad, Muhyiddin berkata usaha membuka semula Parlimen akan diteliti sebuah jawatankuasa bersama yang disertai wakil kerajaan dan pembangkang. – 23 Jun, 2021


NAK BUAT

MACAM MANA

KAH KAH KAH

RAMAI TAK

MINAT DENGAN

ABANG NON

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa ni. Isham dh percya dgn umno? Kahkahkah. Percaya dgn umno samalah percaya dgn hadi awang. Kahkahkah. Oitttt depa kalau sungguh, xdk lah SD dok bertaburan tu bang sham oii... Mana ilang lu punya fikrah politik ni bang sham..khkhkah