Khamis, 24 Jun 2021

ZAHID TIPU NAZRI

 


BIJAK

SEMUA INI

PROJEK ANWAR

KAH KAH KAH



Nazri dakwa ditipu Zahid supaya tarik sokongan terhadap Perikatan


MOHAMED Nazri Abdul Aziz mendedahkan penarikan sokongan ahli-ahli Umno terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Januari lalu dirancang oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu memberitahu MalaysiaNow beliau kemudian rasa tertipu apabila presiden Umno itu sendiri tidak menarik balik sokongan terhadap PN.

“Dia (Zahid) yang merancang lepas tu dia sendiri tak tarik diri, dia tipu, kalau tidak kenapa saya nak tarik diri takde sebab. Saya memang rasa saya ditipu.

“Benda ini dirancang oleh presiden. Dalam kalangan kumpulan ahli Parlimen ketika itu presiden membuat keputusan kita tarik diri satu demi satu,” katanya, seperti dipetik portal itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu menarik balik sokongan terhadap PN pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beberapa jam selepas Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lalu.

Penarikan sokongan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub juga menarik sokongan terhadap Muhyiddin sehari sebelumnya.

Nazri juga memberitahu MalaysiaNow beliau akan mematuhi keputusan yang dibuat Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, untuk kekal bersama kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

“Jadi saya ikut parti punya keputusan saya orang parti jadi saya ikutlah,” katanya.

Semalam, Nazri mengaku beliau mengatur usaha mengumpul surat akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Hishammuddin Hussein.

Nazri memberitahu Sinar Harian, sokongan mereka bagaimanapun bukan untuk mengangkat Hishammuddin sebagai perdana menteri menggantikan Muhyiddin.

“Saya boleh sahkan perkara itu kerana saya sendiri yang mengusahakannya sejak dua minggu lalu, setelah kita dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti sekali lagi ke Istana Negara bermula 9 Jun lalu.

“Yang sign (tandatangan) SD ini melibatkan 25 ahli Parlimen BN daripada keseluruhan 41 orang.

“Tujuannya disebabkan kami sudah hilang keyakinan terhadap ketelusan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili parti sewaktu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong tempoh hari,” katanya, seperti dipetik akhbar itu.

Malaysiakini semalam melaporkan Nazri mendedahkan sokongan Umno terhadap Anwar Ibrahim pada 2018 adalah supaya parti itu tidak dibubarkan jika presiden PKR jadi perdana menteri.

“Ketika itu, saya rasa perlu rapat dengan PM akan datang, dan kemudian pujuk dia supaya tidak bubarkan Umno.

“Kerana (perdana menteri ketika itu) Dr Mahathir Mohamad mahu bubarkan Umno,” katanya seperti dipetik.

Anwar tidak lagi diperlukan selepas Umno menjadi sebahagian daripada kerajaan PN.

“Sekarang saya yakin Umno tak akan dibubarkan.” – 24 Jun, 2021.


RAMAI BELUM

SEDAR INI

RANCANGAN

NAK PECAH

UMNO

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: