Ahad, 6 Jun 2021

PROJEK KANTOI

 

PLAN B

PEMIMPIN ISLAM

KENA SABOTAJ

KAH KAH KAH

INI MESTI KERJA

ISRAEL

KAH KAH KAH



5 ketua Pemuda Amanah kawasan KL tolak lambang PKR untuk PRU15

LIMA ketua kawasan Pemuda Amanah di Wilayah Persekutuan menolak cadangan Pemuda PKR yang mahu calon Pakatan Harapan memakai lambang PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Kenyataan lima pemimpin sayap negeri itu dilihat lebih keras berbanding Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin yang dalam reaksi awal membayangkan sikap terbuka terhadap cadangan tersebut.

“Kami membantah sekeras-kerasnya sebarang usul untuk memecahbelahkan semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan dengan mencadangkan penggunaan logo PKR berdepan PRU15,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Kenyataan dikeluarkan oleh Zulhafiz Zulkifli (Lembah Pantai), Anhdeer Supardy Lazuardi (Batu), Hafizzuddin Razian (Kepong), Mohd Nur Fadhil Ya’cob (Bandar Tun Razak), dan Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar (Bukit Bintang).

Mereka mengingatkan komponen PH supaya tidak melupakan episod pengkhianatan dalam percaturan politik Langkah Sheraton yang berpunca daripada perpecahan dalaman gabungan itu.

“Konsensus menggunakan logo PH memberi keyakinan kepada masyarakat umum bahawa parti-parti komponen PH terus serasi dan setia dalam cita-cita yang sama mengembalikan mandat rakyat dan membawa keluar Malaysia daripada kesan buruk penularan wabak Covid-19,” kata mereka.

Semalam, Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir dalam ucapannya di Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencadangkan agar semua calon PH memakai lambang PKR dalam PRU15 untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada gabungan itu.

Cadangan itu ditolak oleh Ketua Pemuda DAP Howard Lee yang menyifatkannya hanya akan memecahbelahkan PH serta mengkhianati penyokong dan parti-parti komponen PH.

Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin bagaimanapun membayangkan pendirian lebih terbuka apabila berkata perkara itu boleh dibincang dan dipertimbangkan oleh pimpinan parti.

“Walaupun kita memaklumi bahawa PH telah pun mempunyai logonya sendiri, namun sebagai sebuah gabungan yang demokratik, tiada masalah untuk PH berbincang dan mempertimbangkan cadangan AMK itu.

“Namun demikian, keputusan akhir adalah tertakluk kepada permesyuaratan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya, seperti dipetik oleh Malaysiakini, semalam.

PH menggunakan lambang PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kerana pendaftaran parti itu belum diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional pada masa itu.

PH hanya diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 16 Mei 2018, seminggu selepas kerajaan BN tumbang.

Logo PH kemudian dipakai buat pertama kali dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong pada Ogos 2018. – 6 Jun, 2021.

SILAP BESAR

KAH KAH KAH

CADANGAN INI

AWAL SANGAT

KAH KAH KAH

PATUT BINCANG

DULU

KAH KAH KAH

SEKARANG DAH

KANTOI

KAH KAH KAH

NAMPAK INI

PROJEK

TIM BANDUAN

AMIN



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

P_k_m_k! Rakyat sedang menderita kobid, tapi Pakatan Harapan sibuk bertengkar logo dan PRU Camni nak jadi gomen perintah negara? Kepala b_p_k kau! PRU nanti aku sekeluarga akan undi sebarang aje asal bukan Pakatan Harapan!

Tanpa Nama berkata...

Nuar klu tak gelojoh, mmg bukan nuar la...