Selasa, 6 Julai 2021

MUHYIDIN AKAN TUMBANG


MUHYIDIN 

TUMBANG

KHALAS

BILA ZAHID 

TARIK DIRI

KAHALAS


Umno enggan subahat dengan kerajaan gagal, kata pemimpin parti

AHMAD Zahid Hamidi menarik parti dari menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu mendukung kerajaan gagal, kata pemimpin Umno.

Penganalisis pula melihat, Umno tetap tidak akan ke mana-mana sekiranya usaha Ahmad Zahid itu berjaya menggulingkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Seorang penyokong Ahmad Zahid, Nur Jazlan Mohamed berkata ia bukan tindakan “gila kuasa” tetapi kerana tidak mahu turut dipersalahkan atas kegagalan kerajaan mentadbir negara.

Beliau antara lain menyebut kaedah ekstrem perdana menteri menggunakan proklamasi darurat sebagai alasan mengekang Covid-19, yang kemudian didapati hanya sia-sia.

Tambahan pula rakyat kini menolak Muhyiddin, kata timbalan ketua Umno Johor yang juga bekas ahli Parlimen Pulai itu kepada The Malaysian Insight.

“Rakyat tak mahu Muhyiddin, Umno kena buat sesuatu. Umno bukan gila kuasa, bila Muhyiddin gagal Umno tak boleh bersama Muhyiddin.

“Kalau orang marah kerajaan, Umno akan terpalit tak pasal-pasal… Umno tak boleh dukung kerajaan gagal.

“Kita dah cuba (sokong PN), kerajaan ini pakai pendekatan ekstrem, darurat sebagainya tapi sebenarnya mereka ini gagal bab pengurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mempertahankan tindakan Ahmad Zahid mengumpul akuan bersumpah (SD) daripada wakil rakyat Umno untuk menarik diri dari menyokong PN.

Nur Jazlan berkata, Umno juga menolak tindakan Muhyiddin juga menggunakan perintah darurat untuk mengelakkan persidangan Parlimen selepas tidak lagi menguasai majoriti.

Oleh itu Umno tidak boleh bersubahat apabila kerajaan PN hanya bertindak untuk mengekalkan kuasa dan menyalahgunakan undang-undang seperti itu, katanya.

“Bukan Umno tamak kuasa, Umno kena elak dituduh bersubahat dengan kerajaan gagal ini, elak sidang Parlimen kerana tak mahu tunjuk majoriti dalam Parlimen.

“Baru cerita Covid-19, belum cerita lain dia pakai undang-undang darurat, tiada negara pakai darurat dan gagal macam ini, jumlah jangkitan makin teruk bukan semakin baik macam negara lain.

“Kita pun perlu menjauhkan diri dari kerajaan kerana rakyat dah fikir jumlah statistik jangkitan Covid-19 dan penggunaan darurat hanya elak daripada Parlimen dan mempertahankan kerajaan gagal,” kata Nur Jazlan lagi.

Darurat yang digunakan PN juga bukan sahaja tidak mampu mengekang jangkitan Covid-19 tetapi juga menyebabkan kematian meningkat sehingga lebih 5,000 kes, lebih tinggi dari China, katanya.

Oleh itu, Muhyiddin harus membuktikan majoriti yang diperolehi dalam persidangan Parlimen yang akan diadakan sebelum 1 Ogos, katanya.

Pada waktu itu, mana-mana ahli Parlimen Umno yang enggan bersama parti boleh mengundi untuk menyokong Muhyiddin, katanya.

“Biarlah berapa ramai ahli Parlimen Umno ini yang dikatakan sokong Muhyiddin, kita uji di Parlimen… sekarang ini pun majoriti dia hanya satu, dua ahli Parlimen.

“Bukan Umno tamak kuasa, kalau Agong dan Majlis Raja-Raja titah buat mesyuarat penuh dan Muhyiddin ingkar, Umno tak boleh ikut,” kata Nur Jazlan.

Penganalisis melihat, Umno yang kini menguasai 37 daripada 222 kerusi Parlimen akan menyebabkan kerajaan tumbang sekiranya menarik diri daripada menyokong PN.

Pada Jumaat lalu, Umno memutuskan untuk meninggalkan kerajaan PN sebelum 1 Ogos dalam mesyuarat akan datang dalam satu usul ditandatangani lebih 30 ahli Majlis Kerja Tertinggi.

Langkah berkenaan susulan daripada keputusan biro politik parti itu pada 21 Jun yang menuntut agar Parlimen bersidang semula dalam tempoh 14 hari.

Tidak lama selepas itu pada hari sama Jumaat lalu, kerajaan PN mengumumkan Muhyiddin sudahpun bersetuju agar Parlimen bersidang sebelum 1 Ogos.

Menteri hal ehwal undang-undang Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, tarikh persidangan akan diputuskan oleh Kabinet dalam mesyuaratnya pada 7 Julai.

Ia bagi mematuhi pandangan Agong berkaitan pentadbiran negara, termasuk berkaitan pembukaan semula Parlimen, katanya.

Mengulas perkembangan itu, Nur Jazlan tetap menegaskan Umno perlu menarik sokongan dari kerajaan PN.

“Umno kena tarik sokongan pada 1 Ogos. Umno kena tarik sokongan sebagai parti, pasal kita tak boleh terikat dengan kerajaan gagal,” tambahnya.

Di saat terakhir tempoh 14 hari semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Parlimen akan mengadakan sidang khas bermula 26 Jun.

Penganalisis bagaimanapun melihat, usaha digerakkan Ahmad Zahid untuk menarik sokongan ke atas kerajaan PN tidak mendapat sokongan bulat dari kalangan pemimpin kanan Umno.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisommuddin Bakar menjangka hanya sekitar 10 ahli Parlimen Umno yang kini teguh bersama ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Beliau berpandangan demikian sewaktu timbul desas-desus mengenai perpecahan di kalangan ahli Parlimen Umno itu.

Seramai 35 ahli Parlimen Umno juga dilaporkan tidak menyokong Ahmad Zahid, termasuk 25 yang dikatakan bersama ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein.

Umno tetap kingmaker

Terdapat juga kumpulan ahli Parlimen Umno yang didakwa menyokong Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas perkembangan itu, Hisomuddin berkata apa sahaja perkembangan dalam Umno akan menentukan masa depan kerajaan PN hari ini.

Beliau berkata, ini kerana PN tetap boleh tumbang sekiranya pendukung Ahmad Zahid menarik diri walaupun majoriti wakil rakyat Umno tidak bersamanya.

“Ini pertembungan parti dengan ahli Parlimen Umno. Zahid ada kelebihan kerana beliau menguasai parti, tetapi kumpulan ahli Parlimen pula seakan-akan memihak kepada mereka yang menolak Zahid.

“Umno adalah kingmaker kepada kerajaan, kuasa penentu kerajaan ini selamat atau tidak terletak pada Umno.

“Kalau Umno buat keputusan tarik diri Muhyiddin akan jatuh…” jelasnya kepada The Malaysian Insight.

Jelasnya, kerajaan tetap akan terguling sekiranya seramai enam orang penyokong Zahid menarik diri dari menyokong kerajaan PN.

“Umno tak perlu buat keputusan tarik diri atau tidak, tetapi jika enam orang penyokong Zahid tak sokong kerajaan, maka kerajaan jatuh juga,” kata Hisommuddin kepada The Malaysian Insight.

Jika itu berlaku, Hisommudin berkata, kesemua anggota Kabinet akan hilang kedudukan mereka disebabkan Kabinet sudah terbubar.

“(Blok) siapa pun menang, akan tentukan hidup mati kerajaan Muhyiddin,” kata Hisommuddin.

Menang jadi arang kalah jadi abu

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali pula berpendapat, tiada pihak yang beroleh keuntungan daripada pertembungan dalaman Umno.

Katanya, Ini kerana Umno tidak lagi dominan seperti sebelum tewas dan menjadi pembangkang.

“Kita kata dua kumpulan dalam Umno sedang berperang.

“Satu kumpulan percaya kena tarik diri supaya dibuka ruang penjajaran semula, itu kumpulan Ahmad Zahid, dan satu lagi kumpulan penyokong PN yang nak tunggu hingga PRU15.

“Kumpulan ini berperang, menang jadi arang kalah jadi abu,” kata Mazlan.

Ini kerana Umno tetap tidak akan mampu mentadbir kerajaan tanpa sekutu politik, jelasnya.

“Umno takkan ke mana juga akhirnya, Umno tak dominan macam dulu, mereka perlu kepada rakan sekutu, sama ada PN atau PH (Pakatan Harapan),” katanya.

Namun keadaan itu tetap menggugat kedudukan Muhyiddin yang dijangkanya dapat meneroka jalan rundingan baharu sama ada dengan Pejuang mahupun Warisan.

“Muhyiddin terancam, kemungkinan dia goyah kerana ada kumpulan Umno mahu tarik diri daripada kerajaan.

“Kecuali Dr Mahathir dan Warisan sokong Muhyiddin, dia akan selamat. Ini kumpulan ketiga,” kata Mazlan lagi. – 6 Julai, 2021.

WOIT

KULU KILIR

BISING NAK

TARIK DIRI

KAH KAH KAH

TAPI TAK BUAT

APA APA

KAH KAH KAH

CAKAP SAJA

AMIN





4 ulasan:

capt salai berkata...

Sudah la jait..sembang babi pun boleh terbang..

Tanpa Nama berkata...

6 orang nak tarik diri.silakan.woiii.silakan. warisan dan parti lain akan standby tampung yg kosong.janji tok liwat atau tim banduan tak jadi kerajam.kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

benggang betul puak2 umno ni dah tahu dr hari pertama PM tak ada majoriti hang pi sokong buat apa , bodoh piang betul sekarang apa terjadi lingkup negara tercinta ku Malaysia . Bukan hangpa tak nampak yg dok perintah negara ni skrg berapa ekor MP ni sahaja mana pi semua otai2 politik melayu islam . lingkup negara kerana dipermainkan brp ekor mangkuk hayun ni.

Tanpa Nama berkata...

Kahakahkah... ni sebenarnya tujuan suruh bukak parlimen..