Selasa, 13 Julai 2021

PELABUR NAK LARI KE MANA ? 

 

KELAM KABUT

WAJIB DIAKUI

AMIN



Pelabur boleh lari sebab kerajaan kelam kabut urus Covid-19, kata dewan perniagaan Jerman

SYARIKAT antarabangsa mungkin akan memindahkan operasi mereka ke negara lain susulan cara kerajaan Malaysia menangani Covid-19 dengan peraturan yang mengelirukan dan penguatkuasaannya yang tidak konsisten, kata Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCG).

Dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dewan itu membangkitkan beberapa isu yang dihadapi oleh ahlinya berkaitan pelbagai peraturan yang ditetapkan oleh Putrajaya untuk menangani pandemik.

Surat bertarikh 8 Julai, yang dilihat oleh The Malaysian Insight, antara lain menyebut pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Lembah Klang menjejaskan operasi beberapa kilang syarikat Jerman. 

“PKPD belum tercermin dalam sistem CIMS 3.0 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) namun syarikat pembuatan bergantung pada surat kelulusan Miti untuk beroperasi dan membolehkan staf mereka buat perjalanan.

“Dalam satu kes, klasifikasi penting (contoh: wangian penting untuk sabun dan pembersih) dibatalkan semalaman tanpa pemberitahuan atau penjelasan. Dalam kes lain, polis mahukan surat pengecualian Miti walaupun syarikat itu bukan berada di bawah bidang kuasa Miti,” kata dewan perniagaan Jerman itu dalam surat bertarikh 8 Julai.

Memetik contoh lain, MGCC berkata syarikat Schattdecor Sdn Bhd yang khusus dalam permukaan dan pengisitepuan (impregnation), telah mendapat surat Miti, membolehkan mereka beroperasi sebagai perkhidmatan penting kerana klien mereka berada dalam sektor penting (iaitu pembungkusan makanan, elektronik dan pembinaan untuk kemudahan perubatan).

“Namun, polis hanya benarkan syarikat itu kendalikan logistik dan penyelenggaraan, bukan pergudangan atau penghantaran,” kata MGCC.

Gangguan itu, kata MGCC, menyebabkan Weidmuller (M) Sdn Bhd mula pertimbang untuk pindah bahagian pembuatannya ke Sepanyol.

“Weidmuller di Taman Senai I Johor, kini dikenakan PKPD (9-22 Julai). Syarikat tersebut baharu sahaja memulakan pengeluarannya di Malaysia tahun lalu untuk bekalkan ke seluruh dunia.

“Tidak ada kes Covid-19 setakat hari ini dan telah patuh semua SOP. Syarikat ini tidak tahu adanya kluster dalam kawasan syarikat kejiranan tetapi mengakui ada masalah di tempat tinggal pekerja asingnya.

“Syarikat itu perlu pindahkan sebahagian produksi ke Sepanyol jika mereka tidak dapat penuhi permintaan pelanggan mereka. Penempatan semula akan sebabkan kehilangan kerja di Malaysia dan kilang berpotensi untuk ditutup. Weidmuller berharap pendekatan lebih tersasar, yang tidak menghukum industri lengkap, ”kata MGCC.

MGCC adalah dewan perniagaan asing kedua yang mengadu mengenai SOP selepas Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (Amcham) membuat perkara sama minggu lalu, mendesak Putrajaya mengambil pendekatan lebih seimbang dalam menguruskan pandemik Covid-19. – 11 Julai, 2021.


JANGAN JADI

PELACUR

SAPA KRITIK

KERAJAAN

DI ANGGAP GILA 

 AMIN

LENDIR PELACUR

 BAWA REBAH 

KERAJAAN

AMIN



Tiada ulasan: