Selasa, 31 Ogos 2021

HIGH NOON SEKALI LAGI

 


 HIGH NOON

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

TARIKH UBAH

DARI 6/9/2021

KE

13/9/2021

JENG JENG JENG



Tidak berperlembagaan untuk PM abai usul percaya, kata Guan Eng 

KETIADAAN usul undi percaya terhadap perdana menteri pada persidangan Parlimen akan datang adalah tidak berperlembagaan, kata Lim Guan Eng hari ini.

Setiausaha agung DAP berkata Ismail Sabri Yaakob, yang dilantik sebagaio perdana menteri ke sembilan susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin, perlu berdepan undi percaya apabila Parlimen bersidang pada 13 September bagi membuktikan sokongan majoriti.

“Tiada alternatif atau kompromi dalam mengadakan usul undi percaya di Parlimen, ini mesti diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Untuk Ismail tidak menyertakan undi percaya dalam agenda Parlimen adalah tidak berperlembagaan.”

Beberapa pihak bagaimanapun berpendapat undi percaya tidak perlu dan tidak timbul selepas Yang di-Pertuan Agong melantik Ismail Sabri perdana menteri kerana pelantikan itu sah dan beliau juga setakat ini tidak hilang majoriti.

Antara mereka ialah bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad serta beberapa pakar perundangan termasuk bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali.

Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyebut seorang perdana menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan “seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat”.

Semalam, Setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan perubahan tarikh untuk persidangan ke-14 Parlimen, dari 6 September ke 13 September.

Bagaimanapun usul undi percaya tiada dalam agenda untuk menguji keabsahan kerajaan dan sokongan majoriti.

Pada 18 Ogos, sebelum pelantikan Ismail. Yang di-Pertuan Agong bertitah perdana menteri baharu perlu melalui undi percaya di Dewan Rakyat bagi membuktikan sokongan majoriti.

Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata agak membingungkan untuk Ismail tidak mengadakan undi percaya apabila Agong melantik beliau kerana mempunyai 114 sokongan ahli Parlimen.

“Sudah pasti melainkan Ismail tidak yakin dengan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi daripada ahli Parlimen kerajaan.”

Lim turut mengingatkan kurang undi percaya bagi membuktikan sokongan majoriti perdana menteri hanya akan membawa kepada satu lagi ketidakstabilan politik dan menjejaskan usaha Malaysia untuk menangani pandemik dan menyebabkan negara terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi.

“Ini akan memberi risiko terhadap kemampuannya untuk memenuhi janji bagi membuat pembaharuan seperti akta anti-lompat parti, yang melarang pembelotan ahli Parlimen untuk kepentingan politik.”

Minggu lalu, Ismail mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim untuk membincangkan langkah bagi mengekang pandemik dan kebajikan rakyat.

Anwar yang juga presiden PKR berkata PH tidak akan menyulitkan usul undi percaya sekiranya Ismail melaksanakan dasar bagi memenuhi keperluan rakyat.

Ahli Parlimen Port Dickson berkata beliau memberi jaminan kepada Ismail sekiranya cadangan pembangkang dipertimbangkan, mereka tidak akan menjadikan isu dengan kepimpinan sedia ada dan memberi jaminan kepada perdana menteri bahawa keadaan politik akan lebih stabil.– 31 Ogos, 2021.
 

MALAYSIA

NEGARA 

HIGH NOON 

AMIN

WAJIB ADA UNDI 

DALAM PARLIMEN

 AMIN 

KALAU TIDAK 

SAMA  MACAM KES MUHYIDIN 

AMIN  

HANYA IKUT

 CAKAP AGONG

 KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau undi picaya sama mail diparlimen tewas mesia akan dpt PM baru? PM baru lak kena diuji ngan undi picaya parlimen baru lah kompom jd PM. Susah susah ngat ambek rani kulop jelah jd PM pakai spek itam high noon.