Selasa, 31 Ogos 2021

YA AMPOON - SOKONG

 


 YA AMPOON

AMIN

KE ARAH

MENUJU

KERAJAAN

 PERPADUAN

AMIN




Perpaduan kunci perjuangan melawan Covid-19, titah Agong

PANDEMIK Covid-19 hanya akan dapat diatasi dengan perpaduan rakyat berbilang kaum melawannya, dengan semangat dan tekad yang sama yang membebaskan negara daripada penjajah lebih enam dekad lalu, titah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam satu kenyataan hari ini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak rakyat mengambil semangat cintakan tanah air yang telah menyatupadukan rakyat sehingga dapat mencapai kemerdekaan.

“Seri Paduka menzahirkan pandangan sekiranya semangat dan roh perjuangan enam dekad yang lalu diterap dan disuburkan kembali ada hari ini, nescaya negara juga berupaya untuk merdeka daripada ancaman pandemik Covid-19 buat selama-lamanya,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin.

Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong berpandangan kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum adalah kunci untuk negara menghadapi segala cabaran termasuk Covid-19. – 31 Ogos, 2021.

 

SETUJU

WAJIB SEMUA

SOKONG

KHALAS



Tiada ulasan: