Rabu, 4 Ogos 2021

MUHYIDIN MAKIN DIHIMPIT



 

TAK SABARON

AMIN

WAL TAMATUN

WAL MUHYIDEEEN

KAPIRUN KUNTUM

HABIS BUN

TAK MALUUUUN

KHALAS




Lebih 8 ahli Parlimen Umno tandatangan SD tolak Muhyiddin, kata Zahid

UMNO kini ada lebih daripada lapan surat akuan (SD) oleh ahli Parlimennya untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan kerajaan Perikatan Nasional, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, surat akuan terbaharu itu telah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan surat akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu,” kata Zahid dalam satu kenyataan petang ini.

Bagaimanapun Zahid tidak menyatakan jumlah yang menandatangani surat terbaharu itu, namun berkata lebih ramai ahli Parlimen telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin sejak Umno semalam mengumumkan surat akuan “yang mencukupi angka”.

“Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021… jumlah surat akuan ahli-ahli Parlimen Umno telah bertambah lagi,” kata Zahid.

Katanya, pada 30 Julai beliau sudah mempersembahkan lapan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru beliau berkata kerajaan PN perlu memanggil sidang has Parlimen untuk membuktikan Muhyiddin masih ada majoriti tanpa menunggu sehingga persidangan Parlimen pada September.

Dalam perutusan khas disiarkan secara langsung awal hari ini Muhyiddin berkata beliau tidak akan letak jawatan tetapi akan mengadakan usul percaya ketika Parlimen bersidang pada September.

Sejak itu beliau dihujani dengan panggilan agar mengadakan segera usul percaya di Parlimen, bukannya menunggu sampai bulan September.

Terdapat 11 ahli Parlimen Umno, termasuk Zahid, pada sidang medianya semalam ketika mengumumkan keputusan Umno itu.

Seorang lagi, ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah, semalam meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Umno kini mempunyai 38 ahli Parlimen, 16 daripadanya berada dalam kabinet Muhyiddin.

Petang ini Zahid berkata, Muhyiddin hanya mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokongnya. Kini terdapat 220 ahli Parlimen dalam 222 kerusi Dewan Rakyat selepas dua ahli Parlimen meninggal dunia. – 4 Ogos, 2021.

 SEPTEMBER

INI BULAN AP0

KAH KAH KAH

BERAPO ARI

BULAN

KAH KAH KAH

DUDUK

 ONTOK ONTOK

NANTI

TERKINCITT

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: