Rabu, 4 Ogos 2021

TERBUKTI ANWAR CUKUP NUMBO

 



AMAT JELAS

ANWAR ADA

NUMBO

KAH KAH KAH

NUMBO KERETO

KO

NUMBO TALIPON

KAH KAH KAH



Pilihan Muhyiddin: Berundur secara terhormat atau buktikan sokongan 

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai pilihan untuk meletakkan jawatan secara terhormat kerana beliau mungkin berdepan masa yang sukar untuk membuktikan sokongan majoriti bagi mengekalkan kuasa untuk menerajui kerajaan, kata penganalisis.

Ini berikutan pengumuman Umno bahawa kerajaan Perikatan Nasional tumbang serta merta selepas cukup ahli Parlimen untuk menarik balik sokongan terhadapnya, serta bukti yang parti itu berikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri telah hilang keabsahan dan beliau perlu meletakkan jawatan.

Pengarah Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata di bawah dalam keadaan semasa, Yang di-Pertuan Agong boleh meminta Muhyiddin membuktikan bahawa beliau mempunyai jumlah sokongan yang cukup.

Sekiranya ahli Parlimen Pagoh itu gagal berbuat demikian, beliau hanya mempunyai dua pilihan.

Yang pertama ialah meletakkan jawatan dan kedua ialah memohon perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen.

“Dalam situasi yang mana kes Covid-19 adalah tinggi sekarang ini, pilihan kedua tidak mungkin akan dilaksanakan atau diperkenan,” kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insight.

“Oleh itu pilihan yang ada ialah dengan meletakkan jawatan secara terhormat. Dengan cara itu kabinet Perikatan Nasional akan terbubar secara automatik,” katanya dan menambah ia merupakan pilihan terbaik untuk Muhyiddin ketika ini.

Hisomuddin berkata sukar untuk presiden Bersatu membuktikan yang beliau mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat 220 ahli Parlimen susulan pengumuman Umno hari ini.

“Tidak jelas ketika ini siapa yang ada sokongan majoriti dan dalam situasi ini cara terbaik adalah dengan menyerahkan kepada pertimbangan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Ahli sains politik Dr Wong Chin Huat jumlah ahli Parlimen yang menyokong Muhyidin mungkin berkurang kepada dua angka sekiranya presiden Bersatu itu gagal untuk meraih sokongan.

“Sehingga minggu lalu, kerajaan hanya mempunyai 114 kerusi (tidak termasuk Tengku Razaleigh Hamzah).

“Kini apabila ramai ahli Parlimen dari Umno menarik sokongan, paling banyak Muhyiddin ada 105 kerusi.

“Sekiranya beliau gagal mendapatkan sokongan majoriti, jumlah sokongannya akan berkurang dalam beberapa hari lagi. Sudah pasti ramai ahli Parlimen Umno akan menyusul,” katanya.

Muhyiddin dikatakan mempunyai sokongan 114 atau 115 daripada 220 ahli Parlimen, namun ini akan ditentukan dengan undi percaya.

Umno mempunyai 38 ahli Parlimen, yang mana 16 adalah dalam kabinet Perikatan Nasional dan mungkin tidak akan menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin.

Zahid bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai ahli Parlimen partinya yang menarik balik sokongan. 11 orang ahli Parlimen Umno termasuk dirinya hadir pada sidang media semalam.

Sementara itu felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun berkata Muhyiddin tidak mungkin akan menyerah begitu sahaja.

“Ahli Parlimen Pagoh mungkin berhujah bahawa tiada undi tidak percaya diuat terhadapnya di Parlimen,” kata Oh, merujuk bagaimana Muhyiddin setakat ini tidak membenarkan sebarang usul untuk undian pada persidangan Parlimen.

Tambah Oh, tidak mungkin Muhyiddin akan memanggil sidang khas Parlimen untuk membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti. – 4 Ogos, 2021.

.

MUHYIDIN

KATA 

LAWAN TETAP

LAWAN

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: