Isnin, 6 September 2021

DERHAKA - KENA SUMPAH

 

DERHAKA INI

KENA SUMPAH

JADI BATU KE ?

KAH KAH KAH




Idrus derhaka lagi, langgar titah adakan undi percaya, kata Pakatan

PEGUAM negara perlu meletak jawatan atas sikap biadab dan derhaka ke atas Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan keabsahan jawatan Ismail Sabri Yaakob dibuktikan, kata Pakatan Harapan (PH).

Majlis Presiden PH dalam kenyataannya menegaskan, Idrus Azizan Harun tidak lagi layak memegang jawatan peguam negara kerana berulang kali menderhaka dan melanggar titah baginda.

“... Beliau bukan sahaja telah derhaka terhadap Seri Paduka Baginda, tetapi beliau juga telah mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.”

Pendirian Idrus Azizan Harun itu bertentangan dengan titah baginda yang mahu keabsahan pelantikan perdana menteri itu kesembilan itu dibuktikan secepat mungkin melalui undi percaya, kata Majlis Presiden PH.

Ia dititahkan sewaktu baginda menerima menghadap para pemimpin parti untuk memilih perdana menteri baharu pada 17 Ogos lalu, selepas perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Majlis Presiden PH turut menolak hujah peguam negara kesembilan itu bahawa langkah membuktikan keabsahan tersebut sebagai tindakan yang melangkaui kuasa baginda.

Ini kerana undi percaya tersebut sememangnya pernah diamalkan di Dewan Rakyat selepas pelantikan perdana menteri sejak 1976, kata gabungan tersebut.

Kali pertama ia berlaku pada 27 Januari pada tahun tersebut, 12 hari selepas Hussein Onn dilantik menjadi perdana menteri ketiga untuk menentukan keabsahan jawatannya.

Seterusnya undi percaya itu diadakan buat kali kedua pada 3 November 2003, tiga hari selepas Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi perdana menteri keenam, menurut gabungan itu.

Oleh itu, PH menuntut undi percaya perlu dikemuka dalam sidang Dewan Rakyat bermula 13 September untuk memastikan keadaan politik stabil.

Ia turut mengingatkan Ismail mengenai ketidakstabilan politk yang berlaku apabila perdana menteri kelapan Muhyiddin mengikut nasihat Idrus untuk tidak mengadakan undi percaya.

“... (ia) mengakibatkan ketidakstabilan politik apabila keabsahan beliau senantiasa diragui dan dipertikai.”

Idrus dalam kenyataan semalam berkata, undi percaya tidak lagi perlu diadakan kerana Yang di-Pertuan Agong berpuas hati Ismail mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Menurut peguam negara, baginda mendapati perkara itu selepas menerima menghadap 114 wakil rakyat terbabit pada 19 Ogos lalu.

Selepas itu, Ismail Sabri dan para menteri juga sudahpun mengangkat sumpah jawatan dan kerahsiaan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, katanya.

Oleh itu, sebarang usaha untuk membuktikan keabsahan itu juga melangkaui kuasa baginda kerana pelantikan perdana menteri itu sudahpun diperkenan baginda, kata Idrus lagi.

Jelasnya, jika pelantikan itu masih boleh dicabar bermakna kuasa mutlak baginda masih boleh diatasi pihak lain.

“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya, kuasa mutlak baginda untuk melantik perdana menteri itu mengikut Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) dalam perlembagaan.

Jelasnya, ia memberi kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri yang menurut hemat baginda, mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kesembilan pada 21 Ogos lalu bagi menggantikan Muhyiddin yang digulingkan apabila ahli Parlimen Umno menarik sokongan. – 5 September, 2021.

PAKATAN

TAK FAHAM

INI KERAJAAN

SYARATTON

AMIN

KALAU NAK

JAWATAN

ADA SYARAT

YANG WAJIB

DI PATUHI

KHALAS



1 ulasan:

hamim berkata...

Nak tahu apa itu derhaka dan apa jadi jika derhaka,Sahidan ada jawapannya