Isnin, 6 September 2021

DAP PASANG JERAT

 

AWAS

INI PERANGKAP

KAH KAH KAH

DAP NAK TENGOK

GEROMBOLAN

SOKONG SABRI

ATAU TIDAK

AMIN 

WAJIB ADA UNDI

 KAH KAH KAH

AMIN

INI DIPANGGIL

TEST THE H20

KAH KAH KAH



DAP sokong Azalina speaker baharu tetapi dengan waspada, kata Guan Eng

DAP menyokong tetapi dengan waspada usaha menamakan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu untuk menggantikan Azhar Azizan Harun, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha agung DAP berkata usaha itu perlu susulan kegagalan Azhar mempertahankan kedaulatan Parlimen dan keingkarannya terhadap titah Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen bersidang semasa darurat.

“Walaupun Azalina memperjuangkan pembaharuan institusi untuk Parlimen supaya ia berperanan dengan betul dan wajar mengikut Perlembagaan Persekutuan demi memastikan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang berkesan, DAP mahu mendapatkan pandangannya bagaimana beliau berlainan daripada Azhar sebagai speaker.

“Parlimen bawah Azhar dilihat sudah dimandulkan daripada sebuah mercu demokrasi menjadi hanya sebuah jabatan eksekutif bawah perdana menteri sebelum ini yang diatur terutamanya untuk mengekalkan kuasa, khususnya selepas beliau hilang majoriti di Parlimen,” kata Lim.


Kenyataan Lim dibuat susulan laporan Malaysiakini yang memetik sumber bahawa Umno merancang mencalonkan Azalina, yang juga bekas timbalan speaker, untuk menggantikan Azhar.

Azalina pada 24 Ogos mengesahkan letak jawatan dan menyebut antara lain isu moral dan integriti sebagai alasan.

Minggu lalu, Azhar dalam satu kenyataan menjelaskan tidak mengendalikan usul yang dibuat terhadapnya sebaliknya ia diuruskan oleh timbalannya Mohd Rashid Hasnon.

Menurut Lim, sekiranya Parlimen boleh membuat semak dan imbang serta bersidang semasa darurat, jawapan mungkin dapat diberikan mengenai Covid-19 dan krisis ekonomi yang dapat mengurangkan kenaikan rekod tertinggi jangkitan dan kematian.

“Parlimen tidak boleh terus hilang atau bergerak dalam vakum politik dengan speaker terus memainkan peranan untuk hanya patuh dan bersetuju semata-mata bagi mempertahankan perdana menteri,” katanya.

Lim mendedahkan timbalan pengerusi DAP Gobind Singh Deo bertemu dengan Azalina, yang ingin membincangkan cadangannya mengenai pilihan raya pecat atau recall election sebagai sebahagian daripada pakej rang undang-undang anti lompat parti. 

DAP bersedia untuk berbincang lebih lanjut jika ahli Parlimen Pengerang sedia mengemukakan namanya sebagai calon pengganti Azhar untuk mengembalikan nama baik Parlimen, katanya.

“Azalina perlu menyusun rancangannya tentang bagaimana untuk mengelakkan Parlimen menjadi sekadar ‘rubber-stamp’ kepada perdana menteri semata-mata dan mengangkat ketinggian Parlimen seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara. 

“Rakyat mahu Parlimen menjadi institusi demokrasi utama yang memberikan perbezaan positif dalam kehidupan rakyat Malaysia,” kata Lim.

Dalam pada itu, DAP setuju dengan cadangan Azalina agar seorang wakil rakyat pembangkang dinamakan sebagai timbalan speaker yang baharu mengisi kekosongan susulan peletakan jawatannya.

Lim berkata Pakatan Harapan mencadangkan bekas timbalan speaker Nga Kor Ming, yang juga ahli Parlimen Teluk Intan. – 6 September, 2021.
 

KITA SIANG

KATA SABRI

MUNGKIN TAK

SEMPAT 100

HARI DAH 

KHATAM

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Unknown berkata...

Apa saje yang Dap buat kene tengok dengan hati yang curiga was was penuh syak prasangka. Dorang akan buat apa saje untuk jatuhkan melayu dan naikkan bangsa dorang. Jangan tepedaye dengan gula gula rm30 guam Eng duit tu cukup wat beli kondom je nak wat bayar hotel bajet tak lepas. Wa cakap ni smua fukta wa bukan rasis tapi bapak kepada rasis… cina Dap tolong la wat majlis khatan beramai ramai kan nampak cantik walau botak. Ini tak bekulop bemuncung macam muncung itik

Tanpa Nama berkata...

test jangan tak test.. umno tengah cari kambing yang boleh disembelih... cuci dosa