Jumaat, 22 Oktober 2021

BERIAT YANG DI TUNGU TUNGGU

 




Kes positif Covid-19 Lembah Klang meningkat ekoran rentas negeri

KUALA LUMPUR – Hospital awam dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Lembah Klang menerima peningkatan kes positif Covid-19 yang tinggi selepas kerajaan menarik semula pelaksanaan sekatan rentas negeri pada 11 Oktober lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, situasi yang serupa dilihat bagi Negeri Sarawak (garis oren) terutamanya bagi pesakit kategori 3, 4 & 5 selepas kebenaran rentas negeri diberikan. Data adalah bagi per 100,000 populasi.

“Begitu juga tren kemasukan pesakit Covid-19 kategori 3, 4 & 5 ke hospital awam di Zon Selatan di mana Negeri Sembilan (garis kelabu) mula menunjukkan trend meningkat bermula ME40,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, angka Covid-19 di seluruh negara secara keseluruhannya mencatatkan trend penurunan.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes Covid-19 telah berkurangan sebanyak 17.9 peratus daripada 63,722 kes pada minggu epid ke-40 kepada 52,321 kes pada minggu epid ke-41.

“Purata kadar insiden bagi tempoh 7 hari juga mecatatkan penurunan sebanyak 20.9 peratus iaitu daripada 248 kes per 100,000 penduduk pada minggu epid ke-40 kepada 196 kes per 100,000 penduduk pada minggu epid ke-41.

“KKM mengunjurkan purata sebanyak 7,576 kes harian dicatatkan dalam lima hari akan datang (18 Oktober-22 Oktober),” katanya lagi.

Walaupun pengurangan jumlah kumulatif Covid-19 kes dicatatkan di peringkat nasional pada minggu epid ke-41, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan jumlah kes.

“Tiga negeri turut melaporkan peningkatan purata kadar insiden bagi tempoh tujuh hari pada minggu epid ke-41 berbanding minggu epid ke-40 iaitu Putrajaya 13.9 peratus, Negeri Sembilan 9.4 peratus dan Perlis 2.7 peratus.


APAKAH

JUMLAH ANGKA

AKAN NAIK

MELEDAK ?

AMIN

RENTAS NEGERI 

 BARU DUA

MINGGU

AMIN

KALAU SEBULAN 

NANTI MACAM MANA?

KHALAS

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kes kovid naik balik ..pada yg lahap gaji dingan gomen "yahoo .." sambung buat kirja kat rumah lah ..macam tak yah kirje lah ..goyang-goyang dapat gaji lah ..kau ado "yahoo ..

zaharuddin ahmahm berkata...

APA yg diketengahkan di dewan negara hanya mempersoalkan yg tidak bervaccine... diberitahu gulongan INI menyusahan orang sebab tidak menerima "scientific arguments" tentang covids INI.. It is just an arguments not a solutions.. kamu ada pendapat kamu aku ada pendàpat aku.. sebab ITU kita bergaduh.. bezanya kamu ada kuasa..sebab tu kamu buat segala macam sekatan yg tak masuk akal...apa terjadi sekarang INI..rentas negeri dibolihkan dan terbukti ramai yg disuntik 2 Kali kena jangkitan.. yg tidak disuntik hanya duduk rumah..perangkaan laporan kadar jankitan udah tak melambangkan kebenaran..berbelas ribu lagi yg masih belum disaring ....jadi siapa yg menyusahkan siapa..?? rakyat hanya nampak satu je.. kepincangan mentadbir.. booster dos ketiga hanya memperlihakan ..duit masuk lagi.. soalannya .. "apakah vaccine ini benar-benar dapat mencegah..atau sebaliknya"..
L