Selasa, 12 Oktober 2021

KUASA DUIT DAN KUASA POLITIK ORANG KAYA

 



Pendakwaan fail rayuan kes basikal lajak ke Mahkamah Tinggi

PIHAK pendakwaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret di Johor Baru yang membebas dan melepaskan seorang jurujual wanita atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak empat tahun lepas.

Penolong Pegawai Undang-Undang Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Nurrul Azrina Arza dan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali memfailkan notis rayuan itu di Mahkamah Majistret/Sesyen, Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira 9.15 pagi tadi. 

Turut hadir Pegawai Penyiasat Trafik Johor Bahru Selatan ASP Mohd Yusop Mohd Ali dan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyyum Ramlan.

Pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Ketika ditemui pemberita, Muhammad Syafiq berkata rayuan berkenaan difailkan hari ini susulan arahan Peguam Negara Idrus Harun semalam. 

“Selepas ini, kita tunggu tarikh daripada mahkamah untuk perbicaraan rayuan tersebut,” katanya.

Ahad lepas, Mahkamah Majistret membebas dan melepaskan Sam Ke Ting, 26, daripada pertuduhan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap Sam.

Pada 18 Feb lepas, Mahkamah Tinggi mengarahkan tertuduh membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya serta mengetepikan perintah Mahkamah Majistret pada 28 Okt 2019 yang membebas dan melepaskannya daripada pertuduhan itu di akhir kes pendakwaan.

Sam, yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa memandu kereta secara melulu atau berbahaya di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal lajak pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

Mereka ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14, Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14, Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16, Fauzan Halmijan, 13, Mohamad Azhar Amir, 16, Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14, Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14, dan Haizad Kasrin, 16.

Jurujual wanita itu didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda RM20,000 jika sabit kesalahan. – Bernama, 12 Oktober, 2021.



LIHAT FAHAMI

INILAH BUKTI

KUASA DUIT

AMIN

INI BUKTI 

KUASA POLITIK

AMIN

SATELAH 4 TAHUN

BARU  DIRAYAU

AMIN

NANTI BILA BICARA

 AKAN MUNCUL

FAKTA

HILANG FAIL

HILANG BUKTI

SAKSI DAH LUPA 

SAKSI HILANG

 PEGAWAI DAH MATI

SAKSI HILANG 

INGATAN

KERANA KES 

 DAH LAMA SANGAT

AMIN

GUA  DIDAPATI

SALAH MENGHASUT

JATUH HUKUM

DENDA 6 RIBU RINGGIT

BELUM SEMPAT

KELUAR MAHKAMAH 

PENDAKWA  DAH RAYU

BAWA KES  KE

 MAHKAMAH TINGGI

AMIN

INI  KES LAPAN ORANG

BUDAK MELAYU

MISKIN MATI KENA

LANGGAR

ANAK ORANG KAYA

SEMUA SENYAP

AMIN

LIHAT KES  BUNUH

DOLAH BAGINDA

SAMPAI SEKARANG 

TAK ADA 

RAYU APA APA

AMIN

MAKA TELAH

SAMPAI MASANYA

KITA RUNTUHKAN

KERAJAN INI

JIKA KITA MAHU 

KEADILAN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isham, ini bukan pasal miskin atau kaya.

Budak-budak tu main basikal lajak waktu tengah malam di tengah jalanraya, tak ada tiang lampu.

Kau tau apa itu basikal lajak? Pi google, tengok gambar, tengok vidio. Ini mat rempit basikal, membahayakan pengguna jalanraya lain.

Ah Moi pandu kereta, tak jangka ada budak yang guna jalanraya sebagai trek formula 3. Tak heran ada eksiden! Ah Moi salah ke?

Tanpa Nama berkata...

Tapi kalu Azmin jd tpm camne?