Selasa, 16 November 2021

AIR KELANTAN

 





Isu air Kelantan masih tidak berkesudahan 

AIR keruh daripada paip kediaman menjadi pemandangan biasa di negeri yang diterajui PAS, Kelantan yang mana ia berlarutan sejak berdekad lalu tanpa penyelesaian.

Ini memaksa segelintir penduduk Kelantan mengambil inisiatif sendiri dengan mengeluarkan belanja daripada poket mereka untuk memasang pam elektrik, telaga tiub atau boreng di kediaman mereka daripada menggunakan bekalan air yang disediakan pihak berkenaan.

Secara umumnya penduduk Kelantan bergantung kepada air bawah tanah untuk kegunaan harian.

Seorang penduduk Rantau Panjang, Hasliza Mohd, 26, berkata keluarganya terpaksa mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk memasang pam elektrik di kediaman mereka.

Menurutnya sebelum memasang pam berkenaan, keluarganya bergantung kepada pam yang dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd.

“Sangat susah kerana airnya tidak bersih dan gangguan bekalan air berlaku sekurang-kurangnya empat kali sebulan. Adakalanya mereka berikan notis tapi notis itu mengelirukan kerana gangguan bekalan berlarutan lebih lama daripada masa yang diberikan.

“Kami terpaksa keluarkan belanja untuk beli air minuman. Mereka yang mampu boleh beli air minuman, tapi bagaimana mereka yang tak mampu? Walaupun air keruh, tapi terpaksa guna juga,” kata usahawan itu kepada The Malaysian Insight.

Katanya ramai penduduk adalah warga emas yang tinggal sendirian manakala anak mereka bekerja di tempat lain, dan mereka tidak mampu untuk mendaoatkan bekalan air bersih.

“Terdapat juga isu kesihatan walaupun tidak serius hingga dimasukkan ke hospital. Tetapi ada juga yang sakit perut walaupun sudah masak air sebelum diminum,” katanya.

Ini mendorong keluarganya untuk memasang pam elektrik bersama tangki menara, yang purata kosnya sekitar RM7,000.

Satu lagi fakta yang menyedihkan, menurut Hasliza, ramai penduduk di negeri ini sudah terbiasa dan kini tidak terganggu dengan keadaan itu.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata terdapat kes yang mana meter air tetap berjalan walaupun tiada bekalan air dari paip.

“Ada tempat di Kelantan yang air tidak keluar dari paip. Ia adalah udara yang keluar tetapi mereka masih perlu membayar bil kerana meter akan berjalan,” katanya.

Menurutnya, masalah air Kelantan boleh diselesaikan sekiranya kerajaan negeri bersetuju untuk menstruktur semula industri air lebih sedekad lalu.

“Infrastruktur boleh dibangunkan dengan sangat baik sehingga hampir 80-90% penduduk akan menerima bekalan air bersih dari paip sekarang,” katanya.

Piarapakaran menyalahkan kerajaan negeri kerana keengganan mereka untuk menstruktur semula sistem air.

“Dalam tempoh lima hingga 10 tahun, rakyat Kelantan akan dapat melihat perbezaan yang besar. Jika mereka benar-benar menstruktur semula pada 2010 mungkin sekarang banyak masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.

Rundingan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri air Kelantan yang bermula pada 2008 berlarutan selama kira-kira lapan tahun sebelum ia dimuktamadkan pada 2016.

Melalui penstrukturan semula itu, pengurusan bekalan air dan industri air akan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sepenuhnya manakala kerajaan persekutuan akan bertindak sebagai pengawal selia mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Piarapakaran berkata banyak kemajuan dari segi perkhidmatan air akan dicapai dalam tempoh 13 tahun yang mana orang ramai akan mengalami kurang gangguan dan mereka tidak perlu mengepam air bawah tanah.

“Kos mengepam air bawah tanah sebenarnya tinggi,” katanya sambil menambah bahawa telaga tiub 100 kaki boleh menelan kos sehingga RM1,400.

“Jika membeli air terawat daripada AKSB (Air Kelantan Sdn Bhd), jika ada bekalan, ia adalah jauh lebih murah,” katanya sambil menambah bahawa beliau sebelum ini telah memaklumkan perkara ini kepada kerajaan negeri.

Terdedah pada pencemaran

Piarapakaran berkata satu lagi isu dengan telaga tiub atau telaga konvensional biasa ialah ia terdedah kepada pencemaran. Beliau menambah bahawa air “berwarna” juga mungkin disebabkan oleh kehadiran mangan.

“Kita berdepan semua isu ini dan tiada siapa yang mengambil sampel air untuk tentukan sama ada ia selamat untuk diminum atau tidak kerana ia juga merupakan racun semula jadi,” katanya.

Tambahnya pembalakan juga menjadi satu lagi isu memandangkan kebergantungan yang tinggi kepada air bawah tanah.

Piarapakaran berkata loji dan infrastruktur rawatan air di negeri ini perlu dinaik taraf.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Charles Santiago bersetuju bahawa infrastruktur masih menjadi isu utama.

“Salah satu masalah yang dialami Kelantan ialah kekurangan pelaburan dalam sektor air untuk jangka masa yang panjang,” kata Santiago.

“Sekarang mereka menstruktur semula (tetapi) ia akan mengambil sedikit masa. Sektor air sangat intensif modal dan kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan tidak mempunyai banyak wang.”

Mengenai kualiti air, beliau berkata ia banyak kaitan dengan paip yang sudah lama dan telah berkarat.

“Walaupun ia dirawat dengan betul dari tempat loji rawatan ke rumah atau ke tempat anda tinggal….paip itu mungkin berkarat, kotor,” katanya.

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bulan lepas hanya 71.7% daripada 1.7 juta penduduk Kelantan mempunyai bekalan air bersih.

Beliau berkata isu berkaitan sumber air mentah antara punca utama perkara ini berlaku. Beliau juga berkata 15 daripada 36 loji rawatan air di Kelantan tidak beroperasi pada kapasiti penuh. – 16 November, 2021.


WOIT

RAMAI TAK FAHAM

AMIN

RAMAI TAK SEDAR

AMIN

SEMUA INI

SUNNAH

KAH KAH KAH

KELANTAN 

SERAMBI MEKAH

AMIN

MEKAH PADANG

PASIR KURANG AIR

KAH KAH KAH

NAK JADI 

SERAMBI MEKAH

KELANTAN WAJIB

 KURANG AIR

KAH KAH KAH

LAGI AFDAL

KELANTAN

JADI PADANG PASIR GONDOL BERSIH 

SEMUA HUTAN

KAH KAH KAH

BOLEH TAMAMUUUM

DENGAN PASIR

BERSIH BONTOT

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: