Isnin, 8 November 2021

BAIKI KESILPAN

 



Mahkamah arah Latif Bandi, anak bela diri tuduhan rasuah RM35.7 juta

MAHKAMAH Tinggi di Johor Baharu hari ini mengarahkan bekas exco Johor Abd Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah membela diri terhadap 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM35.7 juta, empat tahun lepas.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam keputusannya dua tahun lalu yang melepas dan membebaskan Abd Latif, 55, anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 29, dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 48.

Timbalan Pengarah I, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata mahkamah membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM1.1 juta dengan cagaran tanah bagi kesemua pertuduhan.

“Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan Hakim Mahkamah Sesyen adalah salah kerana tidak mempertimbangkan banyak isu penting dalam kes tersebut. 


“Mahkamah juga memutuskan bahawa kesemua elemen telah dibuktikan secara prima facie dan mahkamah menetapkan 14 November ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah di Johor Baharu, hari ini.

Barisan pendakwaan diketuai Wan Shaharuddin dan pembelaan diketuai Peguam Salehuddin Saidin.

Pihak media tidak dibenarkan memasuki mahkamah bagi mengikuti prosiding atas arahan mahkamah kecuali keluarga terdekat ketiga-tiga tertuduh.

Pada 14 Jun 2017, ketiga-tiga tertuduh didakwa atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, kesemuanya berjumlah RM35.7 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun pada 21 April 2019 membuat keputusan melepas dan membebaskan Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin, setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Ketiga-tiga mereka menghadapi pertuduhan membabitkan rasuah mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B).

Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Prosiding hari ini dijalankan bagi menetapkan sama ada bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah itu, perlu membela diri atau tidak. – Bernama, 7 November, 2021.

CONTOH

MEMBAIKI

KESILAPAN

AMIN

BILA SEDAR

SILAP SILA

BAIKI

AMIN

INI TANDA 

KEMAJUAN

KHALAS

JANGAN BERI

PELUANG 

PENJENAYAH

BEBAS

KHALAS 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hebat Malaysiaku rasuah juta juta billion billion, semua akhirnya tarak apa apa, pochi elek kah kah kah keluar tv lepas tu hilang saja begitu, orang jatuh hukum pun boleh main tangguh tangguh, apa lagi yang baru tuduh beb? kah kah kah apa pun Malaysia masih popular sebagai negara terbanyak rasuah amin syukur kah kah kah