Isnin, 29 November 2021

KABUS MUNCUL DI TERANGGANU

 




Pakatan runding persefahaman dengan Umno di Terengganu, kata Raja Kamarul

PAKATAN Harapan Terengganu membayangkan ia boleh bersama dengan Umno untuk menyekat PAS daripada sekali lagi menang pilihan raya dan membentuk kerajaan negeri, kata pengerusinya Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight, beliau bagaimanapun enggan menyebutnya sebagai kerjasama tetapi menegaskan sebagai “persefahaman” termasuk mencatur kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

“Walaupun kita dengan Umno tidak di bawah payung sama tapi perbezaan kita tak begitu tajam. Kita tak serang Umno, Umno pun tak serang kita.

“Saya rasa kita dengan Umno ada kelebihan, kita boleh berkomunikasi, dan mungkin ada peluang persefahaman untuk kita memberi tumpuan fokus dalam kerusi tertentu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau menambah PH Terengganu bagaimanapun “tidak boleh duduk dan berbincang” dengan PAS, berbanding dengan Umno biarpun antara mereka berbeza pendapat.

Bukan kerjasama formal

Raja Kamarul Bahrin menjelaskan persefahaman itu tidak boleh disifatkan sebagai kerjasama kerana istilah itu memberi konotasi yang formal.

“Ada ruang duduk berbincang dan bertolak ansur. Keutamaan Umno sekarang ini asalkan bukan PAS dan kepentingan kita pun sama, kerana PAS ini merosakkan Terengganu.

“Kita ada persamaan nak menyelamatkan Terengganu ini daripada PAS, ada matlamat.

“Kalau kita bertembung (kerusi) pun tak akan ada pertembungan yang sengit,” katanya.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan ada usaha antara PH dan Umno untuk tidak bertembung di Kelantan bagi menumbangkan PAS yang mentadbir negeri itu sejak tiga dekad lalu.

Kelantan dan Terengganu adalah negeri yang dimenangi PAS dalam PRU14. Parti Islam itu juga mentadbir Kedah yang dikuasainya hasil percaturan politik lebih dua bulan selepas Langkah Sheraton.

Kelmarin, Presiden Amanah Mohamad Sabu dilaporkan menyeru Amanah dan PH Kelantan bersiap sedia untuk menghadapi PRU15 termasuk berunding dengan mana-mana pihak bagi mengukuhkan kedudukan di Kelantan.

Beliau mengingatkan rundingan itu bagaimanapun perlu dipersetujui bersama oleh parti-parti dalam PH dan diputuskan di peringkat nasional.

Pada PRU14, PAS menang 22 daripada 32 kerusi negeri di Terengganu dan mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti dua pertiga.

Umno menang baki 10 kerusi di DUN Terengganu, sementara 19 calon PH yang bertanding kerusi negeri hilang wang deposit selepas mendapat undi kurang satu per lapan daripada jumlah undi calon menang.

PH juga tidak menang satu pun kerusi Parlimen di Terengganu malah tiga calonnya hilang deposit. PAS menang enam kerusi Parlimen sementara Umno menang baki dua kerusi iaitu Hulu Terengganu dan Besut.

Hulu Terengganu bagaimanapun sekarang milik Perikatan Nasional (PN) selepas ahli parlimennya Rosol Wahid keluar Umno pada Disember 2019 untuk menyertai Bersatu.

Rakyat was-was PH

Mengulas kekalahan teruk PH di Terengganu pada PRU14, Raja Kamarul Bahrin menyebut dua faktor iaitu pemimpin dan calon yang kurang dikenali serta keraguan rakyat akan kemampuan PH untuk mentadbir negeri.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu menjelaskan PH Terengganu pada masa itu masih baharu dan kurang pengalaman mentadbir berbanding Umno dan PAS yang pernah jadi kerajaan negeri.

“Amanah masih baru, Bersatu ketika itu tidak didaftarkan jadi timbul kekeliruan dalam kalangan pengundi.

“Mereka juga hanya kenal Umno dan PAS, jadi mereka tak ada gambaran parti baru memerintah,” katanya.

Pengundi Umno yang menolak BN kerana marahkan isu skandal pentadbiran Najib Razak juga memberi undi kepada PAS dan bukan kepada PH, tambahnya.

Sementara itu, Raja Kamarul Bahrin berkata PH Terengganu sedang berusaha memperbaiki segala kelemahan yang dikenal pasti semasa PRU14, termasuk menguatkan jentera dan menambah ahli.

Antara cabaran PH di Terengganu ialah bagaimana hendak mendekati pengundi di negeri yang konservatif.

“Agak sukar untuk membaca apa kecenderungan pengundi biarpun kita tahu sentimen mereka jelas terdapat penolakan rakyat terhadap kerajaan negeri kerana prestasi pentadbiran PAS yang gagal,” katanya.

Penolakan mereka pula tidak dizahirkan kerana pengundi bimbang risiko dipulaukan dalam masyarakat, tambahnya.

Malah beliau berkata penolakan pengundi itu tidak dizahirkan secara terbuka kerana mereka takut risiko dipulaukan.

“Kalau dipulaukan mereka akan dipulau di masjid dan daripada apa-apa kegiatan masyarakat.

“Jadi di Terengganu ini seperti duduk dalam ‘police state’ (negeri polis) yang semua berhati-hati dan tak boleh meluahkan dan mengkritik,” katanya. – 29 November, 2021.

 KABUS

BERMULA

DI TERENGGANU

AMIN

KEMPEN ASALKAN

BUKAN PAS

AMIN

INI LANGKAH 

AMAT BAIK

AMIN

RAKYAT DAH

BOSAN DENGAN

DONGENG

TOK ARAB

AMIN

RAKYAT MAHU

KEHIDUPAN SELESA

SEKARANG 

BUKAN LEPAS MATI

KHALAS

 NAK AMBIL AIR SEMBAHYANG 

DENGA AIR BESIH

 BUKAN AIR KARAT 

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Arymanchino berkata...

Woi Isham.Kau ni pun dah jadi bodoh dan bebal mcm tahi lembu..Kau setuju supaya parti main bontot dan parti penyamun bergabung utk menang PRU15.Mane pergi otak kau.Ini lah akibat ari2 dok beratib d kubur Cina dan berkawan dgn anjing.Jgn2 anjing pun kau entot smp jadi bangang mcm ni..

Tanpa Nama berkata...

TT jangan lupa siapa yang ketua umum PH. Beliau kaki buat 'deal' dengan sesiapa saja, asalkan beliau berpeluang jadi perdana menteri. Sebab tu, percaturan apa pun dengan PH tidak akan beri manfaat kepada rakyat kalau agenda utama bukan berkenaan ketua PH jadi perdana menteri.