Sabtu, 13 November 2021

KERAJAAN BUAT DASAR UNTUK BUKA PELUANG

 




9 syarikat bakal didakwa kes seleweng dana Mitra, kata SPRM

SEMBILAN daripada 10 syarikat yang disiasat berkait penyelewengan puluhan juta ringgit dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) bakal didakwa, menurut agensi antirasuah.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengesahkan kes penyelewengan itu hanya melibatkan pegawai syarikat yang menerima dana dan tiada penjawat awam terlibat.

“(SPRM) sudah menyiasat 10 syarikat sehingga hari ini merangkumi peruntukan RM26 juta dan sembilan boleh dicadangkan untuk pertuduhan.

“Manakala baki 22 syarikat daripada 32 syarikat yang dicadangkan akan dijalankan bulan ini,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Kata sumber, pihaknya meneliti semua bentuk permohonan, laporan perbelanjaan dan program yang didakwa dilaksanakan oleh penerima geran berkenaan dari 2019 hingga tahun ini.

“Siasatan ke atas 10 syarikat itu mendapati kebanyakan salah guna geran untuk tujuan peribadi dan ada juga yang kemukakan dokumen palsu,” katanya.

Sumber berkata, setakat hari ini, seramai 21 orang ditahan merangkumi 17 lelaki dan empat wanita dan kesemuanya sudahpun dibebaskan.

“Semuanya disiasat atas dakwaan penyelewengan geran peruntukan Mitra sejak 2019,” katanya.

Menurutnya, siasatan agensi antirasuah mendapati Mitra mengeluarkan peruntukan untuk 337 program bernilai lebih RM203 juta sejak 2019 yang menjadi fokus siasatan.

Sumber berkata, khusus bagi tahun 2019, sebanyak lebih RM90 juta peruntukan dikeluarkan untuk 205 program.

“Bagi tahun 2020 pula, peruntukan dikeluarkan mengikut dua kementerian berbeza iaitu lebih 29 juta untuk 62 program ketika Mitra di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Manakala, ketika Mitra diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara lebih 60 juta peruntukan dikeluarkan untuk 57 program,” katanya.

Bagi tahun ini pula, peruntukan lebih RM22 juta dikeluarkan untuk 13 program.

Katanya, pasukan siasatan buat masa ini menumpukan perhatian kepada penyaluran peruntukan yang melebihi RM1 juta .

Sumber itu memberitahu, siasatan SPRM melibatkan dua peringkat – fasa satu memberi tumpuan kepada kira-kira 27 syarikat dan NGO yang telah menerima antara RM1 juta hingga RM9 juta.

Dalam fasa kedua pula, tumpuan melibatkan kira-kira 310 syarikat yang menerima peruntukan kurang RM1 juta.

Bagi tujuan itu, SPRM akan bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara untuk menubuhkan pasukan khas siasatan dalaman, kata sumber.

Katanya, semua syarikat terbabit dikenalpasti dan akan dipanggil untuk membuktikan bahawa geran yang diterima telah dibelanjakan seperti permohonan.

Syarikat dan NGO terlibat antara lain dikaitkan dengan pemimpin kanan sebuah parti berasaskan kaum itu.

Program yang gagal dilaksana itu antara lain melibatkan kursus gubahan bunga, tuisyen untuk pelajar sekolah rendah, sijil asas untuk kelayakan pembantu perubatan dan kursus perkahwinan.– 13 November, 2021.


KERAJAAN BUAT

DASAR UNTUK

BUKA PELUANG

KAH KAH KAH

PELUANG APA ?

KAH KAH KAH

PELUANG BESAR

UNTUK

MIC TIPU INDIA

KAH KAH KAH

PELUANG BESAR

UMNO TIPU MELAYU

KAH KAH KAH

PELUANG BESAR

MCA TIPU CHINA

KAH KAH KAH

MELAYU CHINA &

INDIA SEMUA SAMA

KAH KAH KAH

PUTAR & TIPU

KAUM SENDIRI

AMIN

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Najib dan suami nye sambung naik mahkakmah bulan Julai tahon depan ..gwa ulang, tahong depang ..nak tanya Najib bila nak masok pinjara ..