Rabu, 24 November 2021

NAJIB WAJIB KE PENJARA

 



Layan Najib sebagai pesalah hingga diputuskan mahkamah rayuan, kata Dr Mahathir

NAJIB Razak dilayan seperti orang yang tidak bersalah, sedangkan mahkamah rayuan belum memutuskan rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya bagi pertuduhan rasuah, kata Dr Mahathir Mohamad dalam catatan blog terbarunya hari ini.

Walaupun telah disabitkan kesalahan, Najib bukan sahaja kekal bebas tetapi dibenarkan pasportnya untuk melancong, berbeza dengan layanan terhadap Anwar Ibrahim semasa beliau didakwa dan disabitkan kesalahan, kata Dr Mahathir.

“Apabila seseorang didapati bersalah, beliau bersalah sehingga mahkamah rayuan memutuskan bahawa beliau tidak bersalah. Tetapi mahkamah rayuan belum memutuskan beliau tidak bersalah. Oleh itu, beliau bersalah dan harus menjalani hukuman. Tetapi beliau dilayan seperti orang tidak bersalah, tidak membayar denda atau dipenjarakan.

“Setakat yang diketahui tiada orang lain yang dilayan sebegini. Lebih daripada itu beliau kini dibenarkan meninggalkan negara. Sekali lagi, tidak ada duluan seperti itu di mana-mana sahaja,” katanya yang pernah dua kali menjadi perdana menteri.

Beliau berkata ini adalah “diskriminasi terang-terangan dalam amalan undang-undang” dan menggariskan “layanan yang jauh berbeza” diterima Najib berbanding Anwar, yang dipecat oleh Dr Mahathir dan didakwa atas kesalahan rasuah dan liwat pada 1998 semasa beliau menjadi perdana menteri dan Anwar merupakan timbalannya.

“Polis memecah pintu rumah Anwar dan menangkapnya, digari dan dihumban ke dalam kereta polis untuk ditahan sebelum didakwa di mahkamah, Najib tidak pernah ditangkap atau digari atau dibawa ke lokap dalam kereta polis.

“Beliau pergi ke mahkamah dengan keretanya dan selepas perbicaraan beliau pulang ke rumah. Namun pertuduhan terhadapnya lebih serius.

“Walaupun dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda lebih RM200 juta, beliau tidak membayar denda atau dipenjarakan hanya kerana sedang merayu kesnya.

“Dengan Najib kekal bebas, ia telah membenarkan beliau menjejaskan keputusan Mahkamah Tinggi dan menjejaskan keseluruhan institusi. Dan melihatkan sfera pengaruh Najib, beliau mampu menyebarkan kejahatan ini di kalangan pengikutnya yang naif dan mudah tertipu,” kata Dr Mahathir.

Beliau mempersoalkan atas dasar apa untuk memberikan keistimewaan ini kepada Najib, sambil menambah bahawa kedaulatan undang-undang tidak diamalkan secara sama rata.

“Semua ini boleh didakwa sebagai sah tetapi ia tidak mengikut kedaulatan undang-undang…Tiada orang lain yang disabitkan kesalahan di Malaysia menerima layanan seperti yang diterima oleh Najib.”

Dr Mahathir berkata ini menunjukkan pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak berpegang kepada prinsip kesaksamaan undang-undang, dan menggesa kerajaan memberi penjelasan.

Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember untuk keputusan rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penyelewengan dana SRC International RM42 juta.

Peguam Najib memohon ia ditangguhkan selepas 13 Disember untuk melawat anaknya di Singapura dan menjalani kuarantin wajib selepas kembali. 

Bagaimanapun permohonan itu ditolak.  – 24 November, 2021.


SABRI BODEK

NAJIB KERANA

ADA PROJEK

AMIN

SABRI NAK

LAWAN ZAHID

AMIN

SABRI PERLU

SOKONGAN  &

DANA DARI NAJIB

AMIN

SEMUA KETUA

BAHAGIAN UMNO

MAKAN DITANGAN

NAJIB

AMIN

TAK DAPAT  

SOKONGAN NAJIB

SABRI TAKKAN

AKAN DAPAT JADI

PRESIDEN PARTI

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sangat sangat sangat lah setuju... kalau ameno nak jadi juara hal orang ramai, sila masukkan najib dalam penjara... harapkan anuar berahim, harapkan muhyiddin, mmg tinggal harapan la tu... siapa brani masukkan mmg champion la korang.. sila sambut cepat...