Jumaat, 19 November 2021

PEKARA INI WAJIB DISOKONG

 




Pakatan kaji semula MoU susulan pendedahan permohonan Najib untuk hartanah RM100 juta

PAKATAN Harapan akan mengkaji semula kerjasamanya dengan Putrajaya susulan pendedahan kerajaan sedang mempertimbangkan permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta, kata pengerusinya Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata pendedahan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini adalah mengejutkan.

“Keputusan yang amat mengejutkan ini memaksa kami untuk mengkaji semula segala bentuk persefahaman yang wujud sehingga kini,” kata presiden PKR dalam satu kenyataan.

September lalu, pembangkang dan kerajaan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk kestabilan dan transformasi.

MoU itu merangkumi enam perkara: Pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 serta pembentukan sebuah jawatankuasa pemandu.

Di bawah perjanjian yang dipersetujui, kerajaan telah berjanji untuk melaksanakan tiga pembaharuan besar pada pertengahan tahun depan, sebelum sesi Parlimen berikutnya atau kelima.

Ia adalah undang-undang anti-lompat parti, pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik, dan had penggal 10 tahun ke atas jawatan perdana menteri antara lain.

Terdahulu hari ini, Tengku Zafrul memberitahu Dewan Rakyat Najib membuat permohonan untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta selepas Belanjawan 2022.

Tengku Zafrul bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada permohonan itu diluluskan atau tidak dan berkata ia akan dibawa sebagai bajet tambahan.

Anwar berkata amat mengejutkan apabila Kabient sebulat suara bersetuju dengan permohonan yang dibuat oleh ahli Parlimen Pekan.

“Perkara ini tidak pernah dibincang atau dimaklumkan kepada kami dalam sebarang pertemuan dengan wakil pihak kerajaan.”

Ahli Parlimen Port Dickson berkata tindakan Kabinet untuk ‘menghadiahkan’ tanah dan rumah kepada seorang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah ternyata keputusan yang paling tidak bermoral dan langsung tidak masuk akal.

“Malah beliau sehingga hari ini tidak dapat menjelaskan bagaimana sejumlah wang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai ratusan juta ada dalam milikan beliau dan isteri.

“Rakyat pasti tidak lupa bagaimana Ahli Parlimen Pekan telah mengakibatkan kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang setinggi RM32 bilion akibat kebobrokan dan kecurangan 1MDB.”

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan RM42 juta dana daripada bekas unit 1MDB, SRC International.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan bahawa bekas perdana menteri yang disabitkan bersalah telah meminta “keistimewaan” daripada kerajaan dalam bentuk hartanah kediaman seluas 1.13 hektar bernilai RM100 juta di Kuala Lumpur.

Najib dikatakan membuat permohonan itu kira-kira setahun selepas beliau jatuh daripada kuasa pada pilihan raya 2018, dan sekali lagi tahun lalu.

Menurut laporan itu, Najib dikatakan membuat permintaan itu berdasarkan amalan bahawa kerajaan hari ini dijangka memberi ganjaran kepada pendahulunya atas jasa dan sumbangan mereka.

Portal berita itu berkata, permohonan itu diluluskan walaupun beberapa menteri tidak berpuas hati dengan perkara itu. – 18 November, 2021.


INI LANGKAH

BAIK DARI 

PAKATAN RAKYAT

AMIN

NAJIB BANDUAN

DAPAT TANAH

BERNILAI

 100 JUTA $$

 AMIN

INI HARTA NEGARA

INI TANAH RAKYAT

AMIN

NAJIB PENCURI

DUIT NEGARA

DAH JATUH HUKUM

PASAL APA

DIBERI HARTA 

OLEH KERAJAAN

AMIN

PAKATAN WAJIB

BERTINDAK

JIKA MAHU

SOKONGAN 

ORANG RAMAI & 

PENGUNDI 

DALAM PRU15

AMIN

Tiada ulasan: