Isnin, 22 November 2021

PENG ANAL TOLAK ANWAR IBRAHIM

 



Tiba masa Pakatan dengar suara akar umbi, sentimen pengundi, kata penganalisis 

KEPUTUSAN pilihan raya negeri Melaka perlu jadi pengajaran kepada Pakatan Harapan bahawa penting untuk mendengar suara akar umbi serta memahami sentimen pengundi, kata penganalisis.

Mereka juga berpendapat bahawa menggantikan Anwar Ibrahim sebagai ketua pakatan  adakah juga salah satu dari jalan menyelesaikan masalah. Pakatan perlu mencari  pengganti  ketua pembangkang.

Pada pilihan raya Melaka, Barisan Nasional (BN) meraih majoriti dua pertiga selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi.

PH bertanding di semua 28 kerusi dengan PKR meletakkan calon di 11 kerusi, Amanah (9) dan DAP (8). PKR kalah kesemua 11 kerusi kepada BN.

PH memenangi lima kerusi, dengan DAP memenangi empat dan Amanah satu.

Antara nama besar PKR yang tewas ialah ketua penerangan PKR Shamsul Iskandar di Paya Rumput dan bekas ketua menteri Melaka Idris Haron di Asahan.

Ahli akademik kanan Universiti Malaya, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata PKR, khususnya Anwar, perlu lebih mendengar suara akar umbi pada masa akan datang.

Ini selepas beliau menerima bekas ahli Umno Idris untuk bertanding di bawah PKR di Asahan dan menggantikan Adun Machap Jaya Ginie Lim, yang merupakan tokoh popular di kerusi itu, dengan calon yang tidak dikenali.

Idris hanya memperoleh 2,561 undi berbanding BN 5,048. Ginie dikatakan berada dalam kem Azmin Ali ketika beliau berada dalam PKR.

“Ini adalah pengajaran kepada Anwar Ibrahim untuk mendengar suara akar umbi dan memahami sentimen pengundi.

“Idris Haron tidak menambah undi PKR. Malah ia antara punca PH kalah. Mereka perlu kaji kenapa BN berjaya menang di Melaka. Adakah kerana PH lemah atau BN kuat?,” katanya.

Tambah Awang Azman, PKR mungkin perlu keluarkan individu yang berkebolehan seperti Nurul Izzah atau Rafizi Ramli.

“Mereka perlu melihat semula strategi mereka dan lebih kerap membawa orang seperti Nurul Izzah dan Rafizi.

“Ini  soal menggantikan Anwar, ini juga soal strategi bukan personaliti,” katanya.

Pengarah program Iman Research Badrul Hisham Ismail yang turut bersetuju dengan Awang Azman berkata PKR telah terputus hubungan dengan pengundi di Melaka.

Ramai ahli PKR dan penyokong Pakatan  mahu Anwar diganti.

“Ia mengenai strategi dan kepimpinan. Masalah Anwar ialah beliau tidak mahu mendengar sentimen rakyat.

“Apa yang istimewa tentang Idris sehingga Anwar mahukan dia? Ini membingungkan saya. Pengundi tidak mahu katak politik tidak kira apa alasan yang digunakan untuk mewajarkan tindakan mereka.”

“Jika anda lihat undi Cina, bukan mereka mahukan MCA tetapi mereka mahu menunjukkan protes mereka.

Anwar dipersalahkan

Dalam pada itu pakar Geostrategi, Prof Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata PH mesti mencari calon yang boleh dipersiapkan untuk menggantikan tempat Anwar.

Beliau menjelaskan PH tidak boleh lagi menggambarkan Anwar sebagai calon PM.

“DAP kali ini kehilangan empat kerusi mereka kepada Umno dan MCA. Salah siapa? Ini salah Anwar.

“Masalahnya mereka tidak ada orang untuk menggantikan beliau. Mulai sekarang PKR atau PH mesti mencari seseorang untuk diketengahkan daripada ahli Parlimen Port Dickson.

“Anwar bukan lagi calon PM. Jika mereka tidak mencari jalan untuk menyelesaikannya, saya tidak fikir mereka boleh menang dalam PRU,” katanya.

.

MELAKA BUKA

MATA PENG ANAL

KAH KAH KAH

SELAMA INI

PENG ANAL

KABUR MATA

KAH KAH KAH

TAK DAPAT

LIHAT JELAS

JUBAH ANWAR

KAH KAH KAH

HAL DU LIL

MELAKA 

TERANGKAN MATA

PARA PENG ANAL

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Parti pelacur mau berkerjasama dgn Umno pulak. Kalo Rose Chan Masih hidup, mesti maki hamun kat Lu org. Walaupun pelacur, kena Ada prinsip. Veli low class lah.

FOUR WIRE berkata...

BN menang kerana pengundi sakit hati kepada PKR yang mengambil katak pengkhianat jadj calon. Anwar kepala batu, degil, bodoh sombong. Pengundi dah bagi amaran jangan jilat katak pengkhianat atau pengundi beralih arah..
Bodoh..gila kuasa, tam cakne kehendak penyokong…kang dah kena..😠😠