Ahad, 5 Disember 2021

ANWAR BUAT LAWAK - LAWAK UNTUK ANWAR



'Cadangan Amanah diserap ke PKR adalah lawak'
Seorang pemimpin bahagian Amanah menolak cadangan penggabungan parti itu dengan PKR dan menyifatkannya sebagai angan-angan dan lawak.
Ketua Amanah Bukit Bintang Ahmad Asri Talib membangkitkan kekalahan PH dalam PRN Melaka yang menurutnya kerana "kegagalan parti yang mengetuai tampuk PH".
"Angan-angan supaya Amanah diserap ke dalam PKR adalah lawak lelucon. Masakan boleh Amanah yang semakin diterima rakyat dimakan oleh PKR yang semakin lemah.
"Kepimpinan Amanah terutama (Pengerusi PH Melaka) Adly Zahari yang telah mengekalkan kemenangan di Bukit Katil sendiri telah menjadi ikon pemimpin PH dan dipsersetujui diangkat kembali menjadi ketua menteri jika PH menawan semula Melaka," katanya dalam kenyataan.
Berbanding penggabungan, Asri mencadangkan kaedah "khemah besar" yang melangkaui parti komponen PH pada masa ini.
"Sama ada bersama Warisan, Pejuang, Muda dan mana-mana pari yang difikirkan baik untuk PH menjadi kuasa politik besar negara jika ingin memenangi PRU15 nanti.
"Sikap abang besar dan besar kepala harus disingkirkan dari mana-mana parti dalam PH. Ia langsung tidak membawa keuntungan, malah merugikan PH," katanya lagi.
Merujuk kepada PKR, Asri berkata kekalahan dalam PRN Melaka adalah akibat kegagalan meraih sokongan pengundi Melayu serta pengundi muda.
"Adakah mereka (pengundi muda) inginkan dinosaur PH bertukar kerana kegagalan beberapa kali untuk mendapatkan 'angka' dan golongan itu sendiri sudah meluat melihat rentak lakonan ketua PH yang tak mesra golongan muda, setelah menolak wakil parti Muda untuk menjadi calon?" soalnya yang jelas merujuk kepada Pengerusi PH Anwar Ibrahim.
Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menolak cadangan penggabungan dua parti itu.
Dia berkata cadangan itu tidak perlu dipertimbangkan kerana “tidak pernah berbangkit”.

KAH KAH KAH

WOIT

INI LAWAK APA

KAH KAH KAH

ANWAR BUAT

LAWAK ATAU

LAWAK UNTUK

ANWAR

KAH KAH KAH

INI CARA ANWAR

NAK ALIH

AJENDA

KAH KAH KAH

SUARA MINTA

ANWAR UNDUR

MAKIN BISING

KAH KAH KAH

MAKA ANWAR

TIMBULKAN

AGENDA 

PERGABUNGAN

PKR & AMANAH

KAH KAH KAH

BIAR TUTUP

LAUNGAN

UNDUR ANWAR

KAH KAH KAH

BIJAK BIJAK

BIJAK TAPI

GAGAL KANTOI

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah sudah lah hangpa politik siang malam sampai masalah utama negara dilupakan. KOBID serang, rasuah leluasa, ekonomi semakin teruk, barang naik harga, sayur semakin mahal, ayam ikan semua mahal sampai rakyat susah, semua itu tidak kisah, kelpo kelpo lawan diri mahkamah macam macam lagi tapi untuk mereka hanya jawatan pangkat pingat penting mampooosss kalau puak puak ini terus menghancur negara, apa pun jangan lupa kah kah kah sebab semakin banyak badut muncul setiap hari dalam arena negara, amin

Tanpa Nama berkata...

silap anwar terima katak berprinsip..teringat peristiwa september ,katak dari sabah...