Ahad, 5 Disember 2021

PENG ANAL SILAP BESAR

 




Tiada penyelesaian untuk PKR-Amanah walaupun bergabung, kata penganalisis 

MASIH jauh untuk PKR dan Amanah boleh duduk dan membincangkan kemungkinan penggabungan yang boleh meluaskan jangkauan mereka dan meningkatkan sokongan Melayu, kata pemerhati politik.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight terdapat beberapa isu yang perlu diatasi terlebih dulu, termasuk imej PKR dalam kalangan parti berbilang kaum manakala Amanah sebagai parti Islam berasaskan Melayu.

Mereka berkata terdapat juga isu seperti penerimaan ahli parti terhadap penggabungan sedemikian.

Pemerhati politik berkata keputusan utama mengenai penggabungan itu terletak pada Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata adalah tidak jelas sama ada cadangan itu akan dipertimbangkan secara serius  pemimpin kedua-dua parti.

“Jika penggabungan itu dipersetujui, ia boleh membantu meluaskan asas PKR dan mengukuhkan sokongan Melayunya.

“Mungkin juga terdapat kurang kandungan ‘Melayu-Islam’ dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Tunku Mohar berkata penggabungan tidak akan menjamin peningkatan sokongan terhadap Amanah.

“Sokongan utama Amanah datang daripada orang Melayu-Islam yang sederhana dan segelintir penyokong PAS yang mungkin kecewa dengan parti mereka.

“Jenama Islamismenya adalah progresif. Imej PKR di kalangan orang Melayu adalah parti bukan berasaskan kaum. Amanah adalah parti Islam berasaskan Melayu.”

Minggu lalu, Anwar berkata cadangan rasmi untuk menggabungkan PKR dan Amanah dikemukakan kepada kepimpinan kedua-dua parti itu.

Beliau berkata perbincangan rasmi masih belum bermula kerana mereka perlu membincangkan perkara itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Susulan itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menolak khabar angin mengenai penggabungan itu dengan mengatakan pihaknya tidak akan melayan sebarang cadangan sedemikian.

Beliau dilaporkan berkata perkara itu tidak dibangkitkan atau dibincangkan dalam PH, sambil menambah cadangan itu juga bukan pendirian rasmi mana-mana pihak.

Tunku Mohar menambah penggabungan tidak menguntungkan mana-mana pihak kerana kedua-duanya mempunyai peruntukan kerusi sendiri.

“Salahuddin berkata ia tidak perlu. Saya juga secara peribadi berpendapat ia tidak perlu kerana PH sudah mempunyai mekanisme mengenai peruntukan kerusi dalam pilihan raya, dan kedua-dua parti mempunyai sasaran kerusi yang berbeza.”

Beliau berkata perbincangan mengenai penggabungan boleh menjejaskan kempen pilihan raya umum PH.

“Saya tidak fikir ia adalah strategi persediaan pilihan raya yang baik. Mereka akhirnya akan menjelaskan mengapa mereka bergabung dan bukannya apa yang boleh mereka sampaikan kepada rakyat.”

Amanah perlukan sokongan PH

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Tasmania Prof James Chin berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan hanya berdasarkan penolakan Salahuddin terhadap penggabungan.

“Kita kena tunggu apa yang akan Mat Sabu katakan. Amanah akan sentiasa mendapat sokongan, tetapi sebahagian penyokong mereka sebenarnya berada di kawasan bandar yang PKR juga ada.”

Beliau berkata terdapat sedikit perbezaan ideologi antara Amanah dan PKR, sambil menambah mereka harus bergabung untuk kebaikan yang lebih besar.

“Saya rasa walaupun apa yang Salahuddin katakan, Amanah harus benar-benar bergabung dengan PKR. Keputusan terbaik ialah ketiga-tiga parti itu bergabung menjadi satu,” katanya merujuk kepada parti ketiga dalam PH, DAP.

“Kemudian mereka akan benar-benar mempunyai barisan berbilang kaum dan pengundi akan menunjukkan sokongan kepada barisan berbilang kaum ini dan itu akan meletakkan (PH) dalam kedudukan yang lebih kuat untuk menentang Barisan Nasional.”

Tambahnya, Amanah tidak akan bertahan di luar gabungan PH.

“Parti itu mungkin tidak akan bertahan di luar gabungan. Tetapi, selagi ada PH, mereka akan bertahan kerana ia memenuhi keperluan kumpulan pengundi Melayu Islam yang sangat spesifik.”

Tambahnya, Amanah juga perlu cuba memenangi pengundi Islam konservatif di kawasan luar bandar.

“Jika tidak, mereka tidak akan menambah nilai kepada PH,” tambahnya.

Mengenai sama ada Amanah akan kehilangan kekuatannya dengan penggabungan itu, Chin berkata ia bergantung kepada perubahan dalam masyarakat Melayu.

“Jika kumpulan pengundi ini bergerak ke jalan tengah, Amanah akan menjadi lebih kuat. Jika mereka menjadi sayap kanan, maka PAS akan menjadi pemenang besar.”

Tambahnya, bagi PKR, penggabungan dengan Amanah yang lebih lemah akan memberikan unsur Islam yang lebih sederhana, dan memberi kelebihan kepada PH untuk menentang PAS.

“Amanah sendiri sukar untuk mencabar PAS, tetapi terdapat tentangan terhadap penggabungan itu kerana penyokong Amanah bertegas tidak mahu menyertai PKR.

“Ini kerana pengundi Amanah takut dengan penjenamaan PKR. Mereka mahukan penjenamaan Islam sederhana untuk Amanah.

“Akan ada pembangkang (untuk penggabungan) kebanyakannya dari pihak Amanah. Tetapi, daripada segi pengundi, tidak akan ada banyak perbezaan kerana menyokong Amanah adalah menyokong PH secara keseluruhan,” katanya. – 5 Disember, 2021.


PENG ANAL SILAP

AMIN

TAKDA APA

YANG NAK 

DIGABUNG

AMIN

HEBOH GABUNG INI

BERTUJUAN NAK

ALIH PANDANGAN

ORANG RAMAI

TERHADAP DESAKAN

ANWAR BERUNDUR

AMIN

LEPAS PRN MELAKA

SUARA  UNDUR

ANWAR IBRAHIM

MAKIN LANTANG

AMIN

MAKA  DIWUJUDKAN

PROJEK GABUNG

AMANAH & PKR

AMIN

SEBAGAI JALAN

UNTUK SELAMAT

PAKATAN

AMIN

SEBENARNYA

JALAN BESAR

UNTUK KEJAYAAN

PAKATAN RAKYAT

IALAH MENOLAK

ANWAR IBRAHIM

KHALAS

PEKARA INI

PENG ANAL

TAK FAHAM

AMIN

PENG ANAL

GAGAL MELIHAT

POKOK DARI HUTAN

KHALAS

Tiada ulasan: