Ahad, 9 Januari 2022

MELOKMAN ADAM KAN DIRI

 



Wan Junaidi perkecil isu Azam Baki, kata ahli JPKP

KENYATAAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai isu Azam Baki mengecewakan kerana ia memperkecilkan keseriusan perkara itu, kata empat ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) untuk Agensi di bawah JPM.

Mereka berkata, kenyataan Wan Junaidi menunjukkan beliau tidak mengambil serius mengenai perkara itu.

“Kami ingin menyuarakan kekecewaan kami terhadap kenyataan Wan Junaidi.

“Selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, kami kesal Wan Junaidi nampaknya memperkecilkan keseriusan skandal pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dengan membangkitkan nilai saham pada masa pembelian,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani Chan Foong Hing (Pakatan Harapan-Kota Kinabalu), Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka), Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) dan William Leong (PH-Selayang).

Semalam, Wan Junaidi berkata, saham RM330,000 yang didakwa dimiliki Azam adalah mampu milik.

Beliau menambah bahawa tiada undang-undang atau peraturan yang melarang penjawat kerajaan daripada memperoleh saham dalam syarikat senarai awam.

Ahli jawatankuasa itu berkata, isunya bukan mengenai sama ada Azam mampu membeli saham itu tetapi ia isu konflik kepentingan.

“Persoalan kami, mengapakah Wan Junaidi kelihatan bersifat melindungi Azam? Isu pembelian saham ini bukan sahaja isu mampu milik.

“Ia juga persoalan konflik kepentingan. Ia juga persoalan integriti.

“Ia juga persoalan defisit kepercayaan rakyat terhadap SPRM selaku pembasmi rasuah. Wan Junaidi nampaknya mengabaikan semua persoalan ini.”

Mereka berkata, kenyataan Wan Junaidi bahawa Azam sendiri mampu membeli saham itu juga bertentangan dengan kenyataan yang mana Azam menyatakan saham itu dibeli oleh adiknya.

Ketika Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah diketuai Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim menyiasat mengenai perkara itu, mereka mempersoalkan bila Azam akan disoal oleh JPP.

“Bila lagi giliran JPKP Agensi JPM yang diketuai Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman daripada PAS?

“Bagaimana demokrasi berparlimen di Malaysia dapat berfungsi jika JPKP tidak dapat menjalankan tugas secara berdikari tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada eksekutif?” tanya mereka.

Mereka turut menyatakan tidak perlu buat Setiausaha Dewan Rakyat menulis surat kepada Wan Junaidi untuk mendapat kelulusan bagi tarikh JPKP.

Isu pemilikan saham korporat Azam dibangkitkan di Parlimen pada 14 Disember oleh Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa, yang mempersoalkan sama ada Azam sudah mengisytiharkan 2.15 juta saham di Excel Force MSC Bhd pada 2015, selain 1.93 juta saham di Gets Global Bhd pada tahun sama dan 1.02 juta saham tahun berikutnya.

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) membebaskan Azam daripada sebarang salah laku susulan penjelasan beliau adiknya membeli saham itu menggunakan akaunnya.

Pengerusi lembaga penasihat itu Abu Zahar Ujang berkata, saham itu kemudiannya dipindahkan kepada adiknya jadi tidak wujud sebarang konflik kepentingan. – 9 Januari, 2022.

 

WOIT

ADA JUGA

MALAON YANG

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

BERSEDIA

MELOKMAN ADAM

DIRI UNTUK

JADI MACAI

KAH KAH KAH

ATAU ADA RAHSIA

YANG TERSIMPAN

KAH KAH KAH

ADA CERITA YANG

TERBUNGKUS

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: