Ahad, 9 Januari 2022

YB FAHMI BIJAK BISTARI

 



Kenyataan 6 ahli LPPR ibarat undi tak percaya pada Tuan Haji Abu Zahar – Fahmi

KUALA LUMPUR – Tuan Haji Abu Zahar Ujang didakwa tidak lagi mempunyai hak moral untuk menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Ia berikutan kenyataan media enam ahli LPPR bahawa  Abu Zahar telah memberikan kenyataan bersifat peribadi terhadap kes melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Parlimen Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkan kenyataan enam ahli LPPR itu sangatlah mengejutkan, sekali gus menimbulkan persoalan adakah Abu Zahar telah membuat keputusan ‘membersihkan’ nama Tuan Haji Azam Baki secara bersendirian.

Oleh itu, katanya, Abu Zahar kini tiada pilihan kecuali memberi penjelasan penuh secara terbuka berkenaan perkara ini atau meletakkan jawatan serta-merta.

”Malah kenyataan media enam ahli LPPR ini adalah satu tamparan hebat buat kredibiliti Abu Zahar dan adalah satu bentuk ‘undi tidak percaya’ terhadap beliau,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bahkan, katanya, seperti yang dijangka pelbagai pihak, penjelasan Abu Zahar dan Azam tempoh hari hanya menimbulkan seribu satu persoalan baharu.

Hari ini, enam anggota LPPR berkata, kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengerusinya berhubung kontroversi melibatkan Azam tidak menggambarkan pandangan sebenar mereka.

Dalam kenyataan yang ditandatangani mereka, keenam-enam ahli LPPR itu berkata, kenyataan Abu Zahar dalam sidang media itu, termasuk kenyataan beliau bahawa tiada perbuatan jenayah dilakukan atau berlaku konflik kepentingan dalam kes itu adalah pandangan peribadi pengerusi LPPR itu semata-mata.

Kenyataan itu ditandatangani oleh  Ismail Omar; i Azman Ujang;  Akhbar Satar; Dr Hamzah Kassim;  David Chua Kok Tee; dan Dr Mohammad Agus Yusoff.

”Kami sebulat suara ingin menyatakan bahawa anggota Lembaga Pengarah pada mesyuarat itu atau pada bila-bila masa selepas itu tidak menyatakan pendapat seperti yang dinyatakan Abu Zahar.

”Kami juga ingin menyatakan bahawa komen-komen berkenaan adalah pandangan peribadi Abu Zahar sepenuhnya,” kata mereka..

 

YB FAHMI

CAKAP BETUL

LAGI BENAR

AMIN

SURAT 6 ORANG

LEMBAGA PENASEHAT

SPRM  TANDA

MEREKA HILANG

KEPERCAYAAN

PADA AZAM BAKI

AMIN

SYABAS

 YB FAHMI 

BIJAK BISTARI

AMIN

INI SAMA MACAM

 TUAN HAJI

ANWAR IBRAHIM

DAPAT TELOR PENYU

DUA  KALI

KAH KAH KAH

SEKALI  DI MELAKA

SEKALI DI SARAWAK

KAH KAH KAH

INI MAKNANYA 

RAKYAT DAH HILANG

KEPERCAYAN

DENGAN TUAN HAJI

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

WOIT

NAK TUNGGU DAPAT

6 BIJI TELOR KE

BARU NAK 

TIDURKAN  TUN HAJI

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: