Ahad, 9 Januari 2022

TUAN HAJI KAKI RASUAH

 


Azam beli saham berharga RM330,000, bukan mahal

KUALA LUMPUR – Harga saham yang dikaitkan dengan Tuan Haji  Azam Baki mampu dimiliki oleh kebanyakan orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Tuan Haji  Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, saham yang dimiliki oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bukan saham yang mahal.

Menurutnya, saham bernilai sejuta unit itu dibeli oleh Azam pada tahun 2016 pada harga pada harga RM330,000 atau kira-kira 30 sen hingga 33 sen sesaham.

Saiz saham semasa yang dipegang oleh Azam itu, katanya sudah terkumpul sejak bertahun-tahun.

“Berdasarkan harga awal, ia bukan saham yang mahal untuk dibeli. Dan saya percaya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan kita.

”Bagi peniaga pasaran saham yang aktif, ini perkara biasa untuk meningkatkan pegangan saham secara beransur-ansur dari semasa ke semasa terutamanya apabila melihat potensinya,” tambah beliau.

Wan Junaidi berkata, tiada undang-undang atau peraturan yang menghalang penjawat kerajaan daripada memperoleh saham dalam syarikat senaraian awam.

Di bawah Akta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, kakitangan kerajaan hanya dilarang berdagang dalam pasaran niaga hadapan dalam dan luar negara.

Manakala mereka yang memiliki saham dalam syarikat senaraian awam dikehendaki mengisytiharkannya sebagai aset.

Dalam pada itu, mengenai tuntutan untuk meletakkan SPRM di bawah Parlimen, Wan Junaidi berkata, ia bukan perkara mudah dan perlu diteliti dengan terperinci.

Menurutnya, untuk memastikan SPRM berfungsi secara berkesan, ia perlu beroperasi secara bebas dan penubuhan SPRM di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) memastikan kebebasan suruhanjaya dan ini tidak boleh dikompromi dalam apa cara sekalipun.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan pemilikan saham membabitkan Azam, Wan Junaidi memberi jaminan bahawa siasatan terhadap Ketua Pesuruhanjaya SPRM itu akan dilakukan mengikut undang-undang.

Jelas beliau, kes ini sedang diteliti oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Polis Diraja Malaysia, selain pandangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) juga akan diambil kira.

” Saya tahu ramai yang menuntut tindakan diambil terhadap Tuan Haji  Azam.

”Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan semua bahawa perkara ini masih dalam siasatan dan kita hanya boleh membuat keputusan berhubung perkara itu setelah selesai siasatan oleh SC dan PDRM.

“Sementara siasatan ini selesai, saya berharap semua orang akan bertenang kerana kami sedang berusaha sedaya- upaya untuk menyelesaikannya dengan cara yang terbaik,” kata beliau.


 TUAN HAJI 

MUNKEE NGOK

INI TAK FAHAM

AMIN

MUNKEE INI

AMAT BEBAL

AMIN

SOALAN DISINI

BUKAN 10 SEN

ATAU 30 SEN 

HARGA SATU SAHAM

AMIN

TUAN HAJI

AZAM BAKI

SEDANG 

MEROSAKAN

KEWIBAWAAN

 SPRM

AMIN

BUATKAN ORANG

RAMAI TAK YAKIN

PADA LEMBAGA

PENCEGAH RASUAH

AMIN

DULU KETUA SPRM

SUKA BERJUBO

DI BALI

AMIN

MASUK LAT KOYA

SPRM DI HORMATI

AMIN

KELUAR LAT KOYA

MASUK TUAN HAJI

AZAM BAKI

RASUAH CURI DUIT

MENJADI JADI

DI SPRM

AMIN

INI FAKTA BUKAN

TOHMAH

AMIN


Tiada ulasan: